Sebuah hadis Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud :
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan atasnya, Allah akan
menimpakan musibah kepadanya". (Riwayat Bukhari)
Penerangan:
Wahai muslimin, bersabarlah atas apa yang Allah timpakan ke atasmu itu kerana sesungguhnya di sebalik perihnya rasa ujian dan musibah tersebut, terdapat hikmah penuh kebaikan. Juga yakinlah bahawa apa yang setiap Allah timpakan ke atas kamu adalah sesuatu yang telah tetapkan kerana sebelumnya telah tertulis di Luh Mahfuz.