Alhamdulillah, hari ni Allah masih memberi kesempatan
untuk saya menikmati kemudahan seperti internet…(internet pn orang lain yg
bayar, Al maklum la ambo x kerja lagi..)
Tetapi pada zaman sekarang ni la, pada abad ke 21 ni, dari
tahun 2011-2013, zaman sudah berubah. Macam2 dah berkembang, pesat, maju, dan
seangkatan dengannya. Sekarang ni baru je keluar Samsung S4, ntah lepas ni
keluar apa plak. Sy ni ada jgak tak tahu perkembangan semasa sebab memang ambo
tak nak ambik tahu..
Perkembangan sains dan teknologi dah berkembang pesat.
Itu yg menjadikan manusia ni semakin maju. Hidup semakin kompleks. Banyak yang
berubah, cara hidup, gaya hidup, adat pun boleh berubah, budaya apa lagi pun
berubah..Ingat manusia je boleh berubah??? Budaya ni pun berubah jugak tau.
Makan?? Makanan pun berubah jugak..dah 100% perubahan yang berlaku.
Satu benda yang paling ketara saya nampak pada
kebelakangan ini, iaitu hiburan yg paling diminati oleh anak muda zaman
sekarang iaitu K-POP. Ntah apa maksudnya, mungkin Korean Pop kot..
Asal-Usul K-POP
Menurut sejarah, muzik ini muncul pada tahun 1930an dan
telah bergabung dengan muzik Jepun. K-POP dalam bahasa korea bermaksud korea
gaya, pop atau muzik popular korea iaitu genre muzik yang terdiri daripada
tarian elektropop, hip hop, rock, R&B muzik yang berasal dari korea
selatan.
Selain muzik, K-POP hari ini telah berubah daripada yang
asal. Pada hari ini golongan remaja dari korea yang telah mengubah muzik K-POP
dengan pakaian yang menjolok mata iaitu dengan memakai skirt yang pendek
manakala remaja lelaki memiliki wajah jambu belaka. Mereka telah mengubah rupa
parasnya seperti babydoll.
K-POP yang dipersembahkan pada hari ini sangat berbeza.
Terdapat persembahan yang memberahikan dan sungguh memberangsangkan. Tiada lagi
tarian K-POP asal yang dipersembahkan.
K-POP ni ibaratnya macam makan keropok lekor, rasanya
sedap dan semua orang suka jika dihidangkan dalam keadaan panas2. Begitu
jugaklah dengan hiburan K-POP ni, mesti dihidangkan dengan persembahan yang
panas dan hangat.
Hinggakan pada hari ini muzik K-POP seperti tidak dapat
dipisahkan dalam diri anak remaja Malaysia. Saya berharap sangat2 supaya anak2
muda terutamanya belia2 kat luar sana tu dapatlah menilai apa yang buruk dan
apa yang baik, kerana kepimpinan akan datang adalah lahir daripada anak muda
ini.
Dan juga sebagai bakal pendidik, saya tidak mahu anak2
didik saya lahir menjadi orang yang jauh menyimpang dari agama. Sekian.