“Avalon..the land of eternal youth.” “Avalon...tanah kehidupan abadi.”
— Gaius
The Gates of Avalon merupakan episod ketujuh di
dalam siri pertama Merlin, pertama kali disiarkan pada 1 November 2008.
Episod ini menandakan kemunculan pertama Sidhe dan kawasan Avalon.
Episod ini menandakan kemunculan pertama Sidhe dan kawasan Avalon.
Sinopsis
Morgana mengalami mimpi buruk di mana ia melihat Arthur dibunuh oleh
seorang perempuan cantik. Dia memberi amaran, namun oleh kerana sifat budiman
Arthur menyebabkan dia bermasalah apabila dia menyelamatkan seorang gadis,
Sophia dan ayahnya, Aulfric dari serangan perompak.
Sekembalinya ke Camelot, Sophia menggunakan taktik kecantikannya utk
menawan hati Arthur. Kelakuan aneh ini tidak disedari oleh Merlin, tetapi
bolehkah dia mencari siapakah pasangan misteri ini dan apakah yang mereka
mahukan dari Arthur? Apa yang paling penting, mampukah dia menyelamatkan Arthur
tepat pada masanya?
Plot
Morgana mengalami mimpi buruk, iaitu bermimpi Putera Arthur
ditenggalamkan oleh seorang perempuan cantik.
Semasa keluar memburu bersama
Merlin, Arthur mendengar seseorang meminta pertolongan. Dia menolong perempuan
itu dan bapanya dari diserang oleh perompak. Dia melawan perompak2 itu dan
tanpa pengetahuannya juga, Merlin menolongnya dengan menggunakan sihir. Arthur
membawa perempuan itu dan bapanya menemui Raja Uther. Lelaki itu memperkenalkan
dirinya, Aulfric dan anaknya, Sophia. Aulfric adalah waris kepada kerajaan Tirmawr
yang mana telah dirompak oleh perompak dan mengembara ke arah barat bersama
Sophia utk menyertai keluarganya yang lain. Uther mengalu-alukan mereka supaya
tinggal di Camelot utk sementara waktu.
Morgana terkejut apabila melihat Sophia menuju ke arah bilik berdekatan
bilik Arthur. Dia memberitahu kepada Gaius mengenai mimpinya tentang Sophia dan
dengan nyatanya Sophia kini tinggal di istana. Gaius cuba utk menyakinkan
beliau dan memberikan ubat tidur, dan menasihatkan supaya jangan terlalu risau.
Gaius mengingatkan Morgana supaya jangan mengganggu Uther mengenai perkara itu.
Dia tidak mahu Raja Uther risau.
Aulfric pula menuju ke hutan bertemu dengan salah seorang penyamun yang
terselamat. Dia membayar upah kepada penyamun terbabit supaya berpura-pura menyerang
dia dan Sophia.
Sekali lagi Morgana bermimpikan Arthur yang ditenggelamkan oleh Sophia.
Keesokan harinya, Arthur dan Sophia keluar bersama-sama menunggang kuda selepas
Merlin berjanji akan melindunginya yang sepatutnya keluar membuat rondaan.
Guinevere menggalakkan Morgana supaya memberitahu Raja Uther mengenai
mimpi beliau itu. Namun, Morgana takut sekiranya Uther akan menghukumnya kerana
ia melibatkan amalan sihir. Dia sendiri akan berusaha menghentikan Sophia dari
membunuh Arthur. Sementara itu, Uther mendapati Arthur hilang dan tidak
menjalankan tugasnya. Merlin disalahkan kerana tidak mengarahkan Arthur pergi
membuat rondaan. Merlin menanggung kesalahan Arthur dan diikat pada pasung.
Semasa di dalam hutan, Sophia hampir2 menyihir Arthur, namun mereka
diganggu oleh pahlawan diraja. Arthur membuat keputusan utk balik semula ke
Camelot dan tidak membawa Sophia ke sungai kerana dia takut sekiranya terjadi
apa2 pada Sophia. Apabila Merlin pulang ke rumah dan menjelaskan kenapa dia
dipasung, tiba2 Gaius teringatkan mimpi yang dialami oleh Morgana. Dia menuju
ke kamar Aulfric dan menjumpai tongkat Aulfric. Terdapat ukiran Ogham Runes (abjad jerman purba),
menambahkan lagi misteri siapa Aulfric dan Sophia sebenarnya. Kemudian, Aulfric
muncul di belakang Gaius tanpa disedarinya. Gaius bijak memberi alasan dan
ingin keluar dari kamar itu, tiba2 dia melihat mata Aulfric menjadi warna
merah. Sophia yang baru sahaja sampai di istana bertembung dengan Morgana yang
berjanji akan memburu Sophia jika dia mengapa-apakan Arthur. Aulfric ingin tahu
kenapa Sophia belum lagi menyelesaikan misinya. Sophia menjelaskan bahawa dia
diganggu semasa di dalam hutan dan hampir terbunuh. Matlamat mereka sebenarnya
adalah utk membuka semula dan memasuki “Pintu Pagar Avalon” dengan menggunakan
cara mengorbankan Putera Arthur. Jika sekali hati Arthur milik Sophia, pintu
pagar Avalon akan terbuka utk mereka berdua dan akan mendapat kembali bentuk
asal mereka.
Aulfric mengingatkan supaya Sophia bertindak cepat dan mereka bersetuju sihir
mereka perlu disudahkan pada hari berikutnya. Morgana cuba memberi amaran
kepada Arthur mengenai mimpi yg dialaminya, namun Arthur tidak percaya.
Keesokan harinya Arthur bersedia untuk pergi menunggang kuda sekali lagi
bersama-sama dengan Sophia dan bukannya menghadiri perlantikan baru pahlawan
diraja. Merlin berjanji utk menolong Arthur, hingga menyebabkan dia dipasung
sekali lagi.
Semasa di dalam hutan pula, Sophia sekali lagi menyebut jampi sihir
menyebabkan Arthur berada di bawah kawalan beliau. Merlin pulang ke rumah dan
sekali lagi dia menjelaskan bahawa dia adalah orang gaji, jadi dia perlu
menolong Arthur.
Gaius memberitahu Merlin mengenai Morgana yang mengalami mimpi tentang
Arthur. Dia berpendapat bahawa Morgana secara tidak langsungnya adalah seorang
Peramal yang dilahirkan dengan kuasa utk melihat masa depan dalam mimpinya.
Beliau mengamati Morgana sejak dari kecil lagi. Dia cuba utk fikir sebaliknya,
namun dia menyedari apa yang dimimpikan Morgana selalu menjadi kenyataan. Dia
merahsiakan perkara itu dari Uther, kerana kebolehan Peramal terlalu hampir
dengan amalan sihir.
Gaius : Apa yang kamu tahu
mengenai Peramal?
Merlin : Tak byk..Mereka dikatakan
mampu melihat masa depan..Mcm nabi.
Gaius : Ia dikatakan kemampuan
semula jadi. Yang dimiliki sejak lahir lagi. Bahkan beberapa orang tidak
menyedari apa yg mereka lihat itu adalah masa depan. Ia datang dalam mimpi
mereka.
Merlin : Apa kaitannya dengan
Sophia?
Gaius : Malam sebelum dia dan
Aulfric sampai ke Camelot, Morgana bermimpi. Sophia ada dlm mimpinya.
Merlin : Sebelum dia sampai ke
Camelot?
Gaius : Sy sudah lama memerhati
Morgana sejak dia kecil lagi. Walaupun sy cuba utk fikir sebaliknya, sy
menyedari kebanyakan dlm perkara2 yg dia cakap dia mimpi sesuatu menjadi
kenyataan. Sy tentunya rahsiakan perkara ini dari Uther. Bakat seperti ramalan
ini terlalu dekat dengan amalan sihir.
Merlin : Kamu rasa Morgana ni
seorang Peramal?
Gaius : Tak, sy tak fikir dia
seorang Peramal. Tp sy risaukannya. Morgana cakap dia bermimpikan Sophia bunuh
Arthur.
Merlin : Boleh jadi ianya hanya
mimpi? Mungkin perempuan yg dilihat oleh Morgana hanya mirip Sophia.
Gaius : Itu yg sy harapkan. Tapi
Aulfric nampak sy di dalam kamar Sophia, dan sekilas kemarahannya, matanya
berubah warna.
Merlin : Siapa mereka?
Gaius : Bukan siapa mereka yg
buatkan sy risau. Tp apa yg mereka inginkan dari Arthur.
Sophia keluar dari bilik Arthur dan bertembung dengan bapanya. Sophia memberitahu bapanya sihir itu menjadi, dan esok juga mereka akan dapat menggunakan Arthur utk tujuan mereka.
Aulfric menyatakan dia perlu berjumpa dengan “orang-orang tua”. Merlin mengekorinya sehingga sampai ke tasik, di mana dia menyeru orang tua Sidhe, yang menyerupai seekor pari-pari. Ia muncul dan menyatakan Aulfric dan Sophia telah diusir dari Avalon, tanah kehidupan abadi kerana telah membunuh Sidhe yang lain. Aulfric mesti kekal di dalam badan seorang manusia selama-lamanya, tetapi Sophia boleh kembali ke Avalon sekali lagi jika mereka dapat mengorbankan nyawa seorang putera manusia utk orang-orang tua Sidhe. Dan pastinya nyawa putera manusia itu adalah Putera Arthur.
Merlin pulang dan memberitahu Gaius mengenainya.
Gaius : Avalon, apa yang kamu
lihat di tasik itu, adalah Avalon. Pasti.
Merlin : Apa...
Gaius : Tanah kehidupan abadi.
Manusia hanya boleh melihatnya sekilas sebelum mati.
Merlin : Sy telah lihatnya, dan sy
masih di sini.
Gaius : Luar biasa. Macam mana
rupanya?
Merlin : Penting ke..Mereka akan
mengorbankan Arthur dan kita tak tahu siapa mereka sebenarnya.
Gaius : Sekarang kita tahu siapa
mereka. Sy jumpa tulisan ini di bahagian atas tongkat Aulfric. Ia adalah Ogham.
Tulisan kuno. Abas
ocus bithe. Duthectad bithlane. Utk menggenggam kehidupan dan kematian di
tanganmu. Drpd tulisan di tongkatnya dan apa yg kamu lihat di tasik, sy takut
dan sy pasti, kita berhadapan dengan Sidhe.
Merlin : Bunyinya tidak seperti
perkara yang baik.
Gaius : Mereka adalah penguasa
ilmu sihir.
Merlin : Kamu rasa Arthur telah
diguna-guna?
Gaius : Hampir pasti. Sy takut
mimpi Morgana menjadi kenyataan.
Selepas itu, Arthur membuat permintaan menghadap raja dan meminta
kebenaran utk berkahwin dengan Sophia. Uther percaya bahawa anaknya terlalu
muda utk berkahwin, dan mengancam akan menangkap Sophia dan Aulfric jika Arthur
menentangnya. Morgana hampir2 memberitahu Uther mengenai mimpinya tetapi dia
tidak mampu menyatakannya. Merlin cuba utk memberi amaran kepada Arthur tentang
Sophia yang sudah menyihirnya, tetapi dia dilihat oleh Aulfric dan Sophia.
Dengan tiba2 jugalah mata Arthur menjadi merah bersinar kerana dia dalam keadaan
separuh sedar. Aulfric menolak Merlin dengan menggunakan tongkat sihirnya
sehingga menyebabkan Merlin pengsan.
Malam itu, Morgana ternampak Arthur meninggalkan istana bersama-sama
Sophia dan Aulfric, dan dia bergegas berjumpa dengan Gaius. Gaius menenangkan
Morgana yang terlalu risau dan akan meminta pertolongan seseorang. Gaius
mencari Merlin dan menemui Merlin di dalam kamar Arthur. Merlin sedar dari
pengsannya, namun dia masih bingung kerana diketuk oleh Aulfric. Gaius
memberitahunya yang Sophia dan Aulfric sudah membawa Arthur pergi. Merlin
bergegas lari utk menyelamatkan Arthur.
Dan tepat pada masanya dia sampai di
dalam hutan dan melihat mereka sedang memulakan upacara utk mengembalikan
Sophia ke Avalon.
Aulfric tidak boleh bersama-sama Sophia pulang ke Avalon, tetapi dia
perlu menjalankan upacara itu; jika orang
tua tidak mendapat nyawa Arthur, mereka akan mengambil nyawa Sophia. Merlin
tiba semasa Sophia menggunakan sihirnya menenggelamkan Arthur di dalam tasik.
Merlin menggunakan sihirnya dan mengambil tongkat milik Sophia lalu membunuh Aulfric dan Sophia.
Merlin menggunakan sihirnya dan mengambil tongkat milik Sophia lalu membunuh Aulfric dan Sophia.
Merlin terjun ke dalam air, mencari Arthur dan menemui Arthur yg sudah
lemas.
Selepas beberapa ketika, babak di mana Arthur sedarkan diri. Namun dia
tidak ingat apa2. Dia tidak ingat apa yg telah Sophia lakukan padanya. Merlin
dan Gaius memberitahu Arthur yang dia kahwin lari dengan Sophia. Merlin menipu
Arthur yg dia telah memukul Arthur sehingga pengsan dan membawa balik pulang ke
Camelot. Mereka bersetuju tidak akan memberitahu Uther dan Merlin sekali lagi
disalahkan dan dipasung dengan lebihan makanan.
Kemudian, Gaius memberikan ubat tidur kepada Morgana kerana dia sering
mengalami mimpi buruk. Gaius mengingatkan Merlin bahawa Morgana tidak boleh
tahu dirinya adalah seorang ahli sihir.
Episod tamat di mana Morgana sekali lagi mengalami mimpi ngeri.
More picture:
More picture:
Merlin selamatkan Arthur |
Moment with Merlin for a while:-) |
Holliday Grainger sebagai Sophia |
Sophia menggunakan Arthur sbg korban utk kembali ke Avalon |