Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Review The Adventure of Merlin S1E6

“….I have a remedy to cure all ills.”


A Remedy to Cure All Ills adalah episod keenam di dalam siri pertama Merlin, di mana ia mula disiarkan pada 25 Oktober 2008.

Plot
Pada permulaan ceritanya, seorang lelaki pelik dilihat mengambil kotak dan mengambil seekor kumbang yang tersimpan dalam kotak itu. Lalu dia menyihir seekor kumbang. Kumbang itu mula menyusup masuk ke dalam bunga yang dipegangnya. 

Seterusnya, sejambak bunga itu diambil oleh Gwen dan diberi kepada Morgana. Morgana menanyakan dari mana Gwen dapat bunga itu. Gwen tidak tahu dan menjangka ianya daripada Arthur. Lelaki pelik itu, mukanya yang menakutkan hanya memandang bilik Morgana dari bawah istana. 

Malam itu juga, Morgana tidur di dalam bilik, dan tanpa disedari oleh beliau, kumbang yang disihir oleh lelaki pelik itu mula masuk merayap ke dalam telinga Morgana.



Dua hari kemudian, Morgana mula jatuh sakit dengan mengalami keradangan otak. Gaius tidak dapat mencari apa puncanya dan tidak tahu berbuat apa pada Morgana. Merlin menawarkan untuk cuba dan membantu Morgana dengan menggunakan magiknya tetapi Gaius mengingatkan Merlin yang penggunaan magik sebagai ubat menyebabkan Gwen hampir2 dijatuhkan hukuman bunuh.
Edwin tiba di hadapan istana dan memperkenalkan dirinya kepada Arthur. Dia memperkenalkan dirinya, Edwin Muirden, seorang tabib yang mengaku mempunyai “ubat untuk semua jenis penyakit”. Arthur tidak mempedulikannya kerana dia menganggap istana sudah mempunyai tabib diraja, iaitu Gaius. Tetapi Edwin berjanji yang dia akan berada di rumah penginapan apabila Arthur mengubah fikiran. Malam itu, Merlin dan Arthur risau memikirkan tentang Morgana. Merlin terlalu menunjukkan tingkah lakunya. Dia mundar-mandir di belakang Arthur. Dia cuba utk positifkan fikirannya. Namun dia dimarahi oleh Arthur kerana tingkah lakunya yang berlebih-lebihan itu. (Lepas mundar-mandir, jari pula duk ketuk meja.hahaha..n then Arthur pula yang mundar-mandir).
Morgana pula hanya mempunyai beberapa jam sahaja lagi utk hidup. Arthur semakin takut dan risau, lalu dia menceritakan kepada Raja mengenai Edwin yang misteri itu. Akhirnya Raja mengarahkan supaya Edwin menghadapnya. 

Gaius berpendapat dia dan Edwin pernah berjumpa suatu ketika dahulu tetapi Edwin menafikannya.

Edwin meminta bersendiri semasa memeriksa Morgana. Gwen masuk ke dalam bilik tanpa disedari Edwin. Dia marah, dan meminta Gwen pergi mengambil air. Semasa ketiadaan Gwen, masa itu jugalah dia menggunakan jampi sihirnya untuk mengeluarkan kumbang yang berada dalam telinga Morgana.  
Edwin memberitahu kepada Raja Uther yang sebenarnya Morgana mengalami pendarahan serebrum dan secara tidak langsung menuduh Gaius tidak cekap merawat Morgana. Uther berasa sangat gembira dengan kesembuhan yang sungguh menakjubkan pada Morgana. Apabila disoal oleh Gaius, Edwin sekali lagi menyatakan mereka tidak pernah bertemu. Edwin menghadap Raja Uther. Raja Uther menanyakan apakah ganjaran yang Edwin mahukan. Edwin hanya ingin kesihatan yg baik pd pesakitnya, tidak lebih dari itu. Raja Uther meminta Edwin tinggal di istana utk sementara. Dia enggan kerana merasakan dia hanya menjadi pengganggu kerana kerajaan Camelot sudah mempunyai tabib diraja. Raja Uther memberi masa pada Edwin utk berfikir, dan mengajak Edwin makan malam bersamanya. Edwin menganggap makan malam bersama raja sudahpun menjadi ganjaran pada dirinya.
Gaius yang curiga mula meminta bantuan dari ahli genealogis diraja, iaitu Geoffrey of Monmouth, untuk mendapatkan rekod “Peristiwa Penyingkiran Besar-besaran” di mana Raja Uther telah menghapuskan semua unsur2 magik dari kerajaan beliau. Walau bagaimanapun, Geoffrey sangat takut untuk membuka rekod tersebut kerana mereka berdua tahu yang raja amat melarangnya.
Merlin menuju ke kamar Edwin, tapi Edwin tiada dalam biliknya. Merlin masuk ke dalam kamar Edwin dan melihat peralatan ajaib Edwin. Merlin menemui sebuah kotak di atas meja. Lalu dia membukanya dan menemui spesis kumbang. Namun, kumbang yang dilihatnya semuanya sudah mati. Dia membelek keseluruhan kotak itu dan pada bahagian penutup terdapat ukiran tulisan jampi sihir. Dia mampu membacanya dan bila berbuat demikian, kumbang2 itu hidup. Edwin melihat semua yang Merlin buat dan kagum dengan kebolehan magik yang ada pada Merlin. Dia menggalakkan Merlin supaya tidak takut menggunakan magik sebagai kebaikan, dan menawarkan dirinya sebagai mentor kepada Merlin. Merlin mengatakan bahawa Gaius tidak membenarkannya menggunakan magik tetapi Edwin menekankan bahawa magik adalah kebolehan yang mengagumkan, dan dengan bekerja bersamanya, mereka akan menjadi yang terhebat.
Geoffrey of Monmouth mempercayai Gaius dan akhirnya dia memberikan rekod lama kepada Gaius. Semasa makan malam bersama Raja Uther, Edwin menimbulkan keraguan tentang keupayaan Gaius sebagai seorang tabib. Selepas itu, Gaius bersemuka dengan Edwin di mana dia akhirnya mengetahui sesuatu : Ibu bapa Edwin adalah kawan lama Gaius, ahli sihir yang telah dibunuh di atas perintah Raja Uther apabila mereka dibuang sihir daripada Camelot. Edwin mendedahkan bahawa dia mengetahui  mengenai Merlin, dan parut di wajahnya adalah disebabkan apabila dia cuba menyelamatkan ibu bapanya dari dibakar di pancang. Dia percaya ibu bapanya mati disebabkan oleh Gaius, yang juga seorang ahli sihir tetapi memilih untuk menyelamatkan diri sendiri bukannya menyelamatkan ibu bapanya. Edwin mengugut utk memberitahu Uther tentang rahsia Merlin jika Gaius beritahu sesiapa mengenainya, termasuk Merlin.
Edwin memberitahu Uther yang Gaius sudah tidak cekap lagi disebabkan usianya utk meneruskan kerjanya sebagai tabib diraja. Gaius menemui jalan buntu. Dia pergi menemui The Great Dragon (si naga Kilgharah tu la), menyatakan bahawa takdir Merlin yang akan menyatukan tanah Albion bersama-sama dengan Arthur, dan “masa mereka tidak akan datang sehinggalah masa lampau Uther berlalu.”

Gaius menyoal kembali adakah masanya sekarang? Si naga menyatakan ia menjadi pilihan Gaius sama ada ia berlaku terlebih dahulu dan bukannya kemudian. Gaius tidak akan memilih utk menyelamatkan Uther ataupun Merlin. Dia enggan mengorbankan Uther utk Merlin. The Great Dragon bagitahu Gaius supaya diamkan diri, berpura-pura tidak nampak seperti yang pernah dilakukan oleh Gaius sebelum ini.  Uther mengarahkan Gaius menghadapnya. Waktu itu jugalah Uther memecat Gaius dari jawatannya sebagai tabib diraja, dan berterima kasih di atas memberikan perkhidmatan yang begitu setia selama bertahun-tahun. Uther juga memberi kebenaran kepada Gaius utk menggunakan tempat tinggalnya utk sementara waktu sehinggalah Gaius dapat mencari kemudahan tempat tinggal lain. Gaius akhirnya membuat keputusan utk meninggalkan Camelot. Dia memberitahu Merlin yang mereka seperti ayah dan anak, dan mengingatkan Merlin tentang takdir hebat Merlin.
Keesokan harinya, Edwin meracuni Uther dengan menggantikan ubat yang pernah diberi oleh Gaius. Gwen bertembung dengan Gaius semasa Gaius ingin meninggalkan Camelot. Gwen menyatakan dia sebenarnya tidak mempercayai Edwin. Dia ingin Gaius melakukan sesuatu utk menghalangnya tetapi Gaius menyatakan dia tidak boleh berbuat apa2 lagi. Edwin berjaya membuatkan Uther lumpuh. Dia ingin wajahnya menjadi wajah terakhir dilihat oleh Uther. Dendam ibu bapanya akan terlaksana kerana Uther pernah meragut zaman kanak2 dahulu. Dia memasukkan seekor kumbang magik ke dalam telinga Uther. Kumbang itu akan bertindak memakan otaknya dan akan membunuh Uther dalam beberapa jam sahaja. 

Pada waktu malam itu juga, Gaius pulang ke istana dan berjanji tidak membenarkan Edwin membunuh Uther. Dia tidak mampu utk membantu ibu bapa Edwin kerana dia tahu ibu bapa Edwin menggunakan sihir jahat. Gaius cuba melawan Edwin dengan menyebut jampi sihir tetapi sebutannya salah. 


Edwin meletakkan Gaius ke dalam lingkungan api sihir. Merlin terkejut melihat Gaius diperangkap dalam api. Gaius memberitahu perkara yang sebenar. Merlin enggan menerima pelawaan Edwin utk memerintah bersama2 menggunakan sihir. Oleh kerana itu, Edwin menyihir kapak yang tergantung di dinding dan ianya terbang lalu bergerak ke arah Merlin. Dengan menggunakan sihirnya, Merlin mengembalikan kapak itu ke arah Edwin, Edwin tidak sempat mengelak lalu terbunuh.
Kemudian, Merlin teringatkan kotak yang mengandungi kumbang2 itu. Dia memberitahu Uther juga sakit seperti Morgana. Setelah melihat kumbang itu, Gaius mendapati kumbang itu adalah jenis Elanthia Beetles. Kumbang2 itu adalah juga spesis binatang magik. Gaius dan Merlin bergegas ke kamar raja. Merlin enggan menggunakan sihirnya utk menyelamatkan Uther tetapi Gaius menyatakan ianya satu-satunya cara yang ada. Dengan menggunakan sihirnya sendiri bukannya seperti kaedah Edwin, Merlin membuang kumbang itu dan akhirnya Uther sembuh. Uther percaya yang Gaius telah menyelamatkan nyawanya. Selepas kejadian itu, Uther mengembalikan semula jawatan Gaius. Gaius juga seorang lelaki yang mendapat kebebasan di Camelot. Uther berterima kasih kepada Gaius dan Gaius shj lelaki yang dia percaya dalam perjuangannya menentang sihir.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013