Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Review The Adventure of Merlin S1E4


He saved my life, I can't just stand by and watch him die!

 Arthur to Uther

Episod 4 : The Poisoned Chalice

The Poisoned Chalice adalah episod keempat siri pertama Merlin, yang pertama kali disiarkan pada 11 Oktober 2008. Ia adalah susulan daripada episod sebelumnya di mana Nimueh cuba untuk membalas dendam terhadap Merlin yang berjaya menggagalkan rancangannya (The Mark of Nimueh).


Pada kali ini, Nimueh menyamar menjadi seorang orang gaji. Nimueh memasuki Camelot untuk membalas dendam terhadap Merlin dengan merancang meracuni Merlin. Dalam pada itu, King Bayard, raja kerajaan Mercia datang ke Camelot untuk menandatangani perjanjian damai di antara dua kerajaan. Nimueh pula menyamar sebagai orang gaji Mercia, bernama Cara. Cara dengan sengaja melanggar Merlin dan cuba menggoda Merlin untuk mendapat kepercayaan dari Merlin. Kemudian, pada malamya pula diadakan majlis menandatangani perjanjian damai ini. Selepas itu, King Bayard memberikan dua buah gelas istiadat kepada Raja Uther dan Arthur sebagai tanda persahabatan. Nimueh (Cara) mengambil peluang dengan memberitahu Merlin bahawa dia telah melihat King Bayard meletakkan racun di dalam gelas Arthur.
Merlin percaya kata2 Cara. Dia cepat2 masuk semula ke dalam majlis dan memberi amaran kepada Arthur, tetapi dia dipaksa oleh Raja Uther minum air di dalam gelas itu – jika dia hidup, dia akan diserahkan kepada Raja Bayard. Merlin minum air di dalam gelas itu dan akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri.

Merlin berada dalam keadaan tenat. Dia dirawat oleh Gaius. Raja Uther percaya bahawa Bayard cuba membunuh Arthur lalu memasukkan orang2 Mercia ke dalam bilik penjara bawah tanah. Gaius, Gwen dan Arthur membawa Merlin ke dalam rumah Gaius. Setelah membuat pemeriksaan, Gaius mendapati terdapat sehelai kelopak bunga beracun di celah2 gelas istiadat itu. Gaius menerangkan kepada Arthur bahawa untuk membuat antidot/ubat, ia boleh dibuat daripada daun2 pada bunga yang sama iaitu bunga Mortaeus. Bunga Mortaeus ni hanya boleh didapati di dalam gua di sebalik Hutan Balor. Perjalanan untuk ke sana juga amat berbahaya. Arthur membuat keputusan untuk pergi mendapatkan daun bunga Mortaeus.
Walau bagaimanapun, Raja Uther melarang Arthur kerana baginya nyawa Arthur lebih penting dari nyawa Merlin. (Arthur berasa terhutang budi pada Merlin yang pernah menyelamatkan nyawanya). Tambahan pula, Lady Morgana cuba meyakinkan Athur untuk ke sana, dengan alasan Camelot lebih baik mempunyai seorang raja yang sanggup gadaikan nyawanya untuk menyelamatkan orang gajinya atau menjadi seorang raja yang hanya ikut sahaja apa kata2 ayahnya.
Sementara ketiadaan Arthur, Gaius dan Gwen mendapati kesan racun tersebut amat kuat. Merlin masih juga tidak sedarkan diri, semakin pucat, dan mengalami kesukaran utk bernafas. Racun yang merebak itu boleh membunuh Merlin lebih cepat daripada jangkaan Gaius. Melalui hasil kajian Gaius, dia mendapat tahu racun itu lebih kuat kesannya apabila penyediaannya digabungkan dengan penggunaan sihir. Serta merta dia menyedari Nimueh menjadi dalang di sebalik kejadian ini.



Di dalam hutan di mana gua tersebut ditemui, Arthur menemui seorang perempuan yang sedang menangis (Nimueh). Arthur cuba mendekati Nimueh, tiba2 muncul seekor binatang iaitu Cockatrice. 

Selepas berjaya membunuh Cockatrice, Nimueh mengatakan dia dicederakan oleh tuannya dan melarikan diri. Dia merayu supaya Arthur tidak meninggalkannya keseorangan di situ. Arthur berjanji tidak akan meninggalkan Nimueh sebaliknya dia perlu menyudahkan pencariannya iaitu mendapatkan daun bunga Mortaeus. Nimueh memberitahu Arthur yang dia tahu di mana bunga itu berada. Lalu dia membawa Arthur masuk ke dalam gua. Semasa di dalam gua, Nimueh membacakan jampi sihir lalu menyebabkan tebing gua itu runtuh dan jatuh ke bawah juram sehingga Arthur terpaksa melompat ke arah tebing seberang. Dengan susah payah Arthur terpaksa berpaut pada sisi tebing. Sebelum Nimueh meninggalkan Arthur yg sedang berpaut pada tebing, labah2 besar datang menyerang Arthur. Arthur berjaya membunuh seekor. Kata2 terakhir Nimueh: “Bukan takdir kamu mati di tangan saya”.

Sementara itu, Merlin masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, mulai menggumam tentang Arthur dan menyebut perkataan jampi sihir yg sememangnya Gwen tidak faham akan maksudnya. Merlin dapat merasakan Arthur berada dalam keadaan bahaya. Gaius mengalih perhatian Gwen dengan menyuruhnya mengambil ubat. Merlin dapat melihat Arthur pada pandangan matanya walaupun dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Merlin tahu Arthur terperangkap dalam kawasan gelap, dan dengan kuasa yang ada padanya, dia menggunakan magik pada tapak tangannya dan menghubungkan cahaya itu kepada Arthur. Semasa Arthur cuba melarikan diri, dia diserang oleh sekumpulan labah2 besar, tetapi dia berjaya mengutip daun bunga Mortaeus utk dijadikan antidot. Cahaya dari Merlin itu masih lagi di tepi Arthur di dalam kawasan gua yang gelap itu, dan ia memandu Arthur keluar dari gua.
Walau bagaimanapun, sekembalinya Arthur ke Camelot bersama dengan daun bunga Mortaeus, dia ditangkap dan dibawa masuk ke dalam penjara kerana mengingkari perintah Uther. Dia merayu pada ayahnya supaya memberikan bunga itu kepada Gaius, tetapi Uther ingin memberi pengajaran kepada Arthur. Uther menggenggam daun bunga itu dengan kuat dan mencampaknya ke luar gerigil penjara. Dia menyuruh Arthur mencari pembantu yang baru setelah keluar dari penjara. Dengan susah payah dia cuba mendapatkan kembali daun bunga itu dengan menghulur tangannya ke luar dari besi2 penjara itu.
Gwen menyamar sebagai orang gaji dengan membawa makanan kepada Arthur untuk melihat sama ada daun bunga itu ada pada Arthur. Arthur meletakkan daun bunga itu ke dalam pinggan makanan dan dengan alasan makanan yang dibawa tidak sedap. Gwen berjaya melepaskan diri dengan membawa daun bunga itu kepada Gaius. Untuk menghasilkan antidot itu, Gaius dengan diam2 menggunakan magiknya (dah lama dia tak guna) pertama kalinya dalam siri ini, walaupun dia mengetahui ia dilarang. Untuk mengalih perhatian Gwen, Gaius menyuruh Gwen pergi mengambil air. Setelah antidot siap, Gaius cepat2 memberikan antidot itu kepasa Merlin. Tiba2, Merlin berhenti bernafas untuk seketika dan jantungnya juga turut berhenti berdegup. Gaius dan Gwen menganggap Merlin telah mati dan mereka sangat sedih. Gaius memeluk Gwen untuk menenangkan Gwen.
Kemudian, mereka berdua mendengar Merlin cakap sesuatu: Sangat memalukan. Kamu patut malu pada diri sendiri. Kamu dah cukup tua untuk jadi datuk dia! Mereka berpaling, Merlin sudah sedar. Apabila melihat Merlin masih hidup, Gwen mencium Merlin dengan gembira. Gwen berasa malu dengan tindakannya itu dan meminta maaf pada Merlin. Merlin menjawab “Tak pe, ia lebih darinya”. Merlin mengaku dirinya tidak ingat apa2 selepas dia minum air dari gelas itu.
Berita penangkapan Bayard sampai ke Mercia dan tenteranya akan dihantar ke Camelot utk membebaskan beliau. Sementara Uther sedang membuat persediaan untuk menyerang, Gaius mendedahkan kepada Uther mengenai perkara yang sebenarnya. Perkara inilah yang akan mengubah perancangan Uther dari menyerang Mercia. Racun yang digunakan di dalam gelas istiadat itu ditingkatkan dengan penggunaan sihir dan Nimueh merupakan dalang di sebalik semua itu. Setelah mengetahui Bayard diperangkap dan tidak bersalah, Uther melepaskan Bayard dan perang di antara Camelot dan Mercia pun tidak berlaku. Kemudian Uther mendedahkan pada Arthur yang perempuan itu adalah Nimueh, dan dia menegaskan serta percaya bahawa semua sihir itu merosakkan.
Bayard dibenarkan pulang dengan bebas. Arthur pergi berjumpa dengan Gaius dan Merlin di dalam rumah mereka untuk memastikan Merlin berada dalam keadaan baik. Selepas Arthur pergi, Merlin ada tanya Gaius,
Merlin  : Saya masih tak faham kenapa dia susah payah melibatkan Bayard dlm perangkap ini? Dia boleh bunuh Arthur secara diam2.
Gaius   : Memusnahkan Arthur dan Camelot bukanlah apa yang dia mahukan. Dia tahu kamu yang akan dipaksa meminum air itu. Dia nak bunuh kamu. Nampaknya ada orang lain yang tahu bahawa kamu ditakdirkan utk perkara2 yang hebat. 
Sekian~
Cik H.Nurani

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013