Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Review The Adventure of Merlin S1E5





Ever since I was a child it was my dream to  join the knights of Camelot.

                                                        — Lancelot



Episod 5 : Lancelot
Lancelot merupakan episod kelima dalam siri pertama Merlin, di mana ia pertama kalinya disiarkan pada 18 October 2008. Episod ini merupakan tanda permulaan, dan ianya penampilan pertama Lancelot. Ia juga menjadi permulaan kemunculan watak Geoffrey of Monmouth.

Sinopsis
Merlin hampir-hampir diserang oleh seekor binatang magik yang mempunyai sayap, namun dia diselamatkan oleh seorang pahlawan muda, iaitu Lancelot. Lancelot muncul lalu berlawan dengan binatang itu dan menyelamatkan Merlin. Oleh rasa terhutang budi dengan Lancelot, Merlin membawa Lancelot pulang dan Gaius telah merawat luka Lancelot. Lancelot meluahkan keinginannya kepada Merlin mengenai impiannya untuk menjadi pahlawan dan ingin melindungi Camelot. Merlin menjadikan misinya untuk meyakinkan Arthur mengenai Lancelot adalah daripada keturunan golongan bangsawan dan mempunyai kebolehan berlawan yang bagus. Bagi Merlin, dia ingin membalas budi Lancelot dengan menolong Lancelot menjadi Kesatria/Pahlawan Camelot walaupun ianya melanggar peraturan…….

Plot
Semasa tengah mengutip cendawan di dalam hutan, Merlin telah diserang oleh seekor binatang yang sangat besar, mempunyai sayap, berkepala helang dan berbadan singa. Makhluk itu cuba mengepung Merlin tetapi ia dihalang oleh seorang lelaki muda dengan pedangnya. Mereka melarikan diri dari makhluk itu. Seketika mereka berkenalan, Lancelot tidak sedarkan diri kerana kecederaan dan dia dibawa pulang berjumpa Gaius untuk mendapatkan rawatan.


Selepas itu, Raja Uther dan Arthur berada di dalam hutan untuk mencari tanda-tanda makhluk besar itu. Makhluk itu hanya inginkan manusia sebagai mangsanya dari kampung-kampung berdekatan. Ia tidak mengambil bekalan, ia hanya inginkan darah manusia. Raja Uther mengarahkan Arthur supaya membuat persediaan pertahanan Camelot sekiranya makhluk itu menyerang Camelot. Lancelot pula semakin sembuh dan dia meluahkan impiannya dan bercita2 menjadi salah seorang Pahlawan Camelot. Merlin berjanji akan menolong Lancelot dengan memaklumkannya kepada Arthur. Walau bagaimanapun, Arthur menerangkan hanya orang yang berasal dari keturunan bangsawan sahaja yang boleh menjadi pahlawan.
Lancelot terkejut dan merasa amat sedih. Dari ceritanya, hanya dia seorang sahaja yang selamat di kampungnya di mana ia telah diserang oleh perompak. Sejak dari itu dia berlatih dalam semua pertarungan untuk mencapai impiannya mempertahankan Camelot.


Merlin menipu...hehe

Merlin pula telah menggunakan kebolehan magik/sihirnya dengan mencipta mohor bangsawan palsu untuk Lancelot. Lancelot enggan menipu, tetapi Merlin meyakinkan semuanya adalah apa yang dia perlukan dan peluang untuk membuktikan dia amat bernilai. Gwen menolong Lancelot dengan menjahit pakaian yang sesuai untuk Lancelot. Mereka berdua seakan-akan suka antara satu sama lain.
Gaius marah pada Merlin kerana telah memalsukan mohor bangsawan, tetapi Merlin berkobar-kobar menyatakan peraturan Kesatriaan tidak adil dan ini adalah caranya dia boleh membalas budi Lancelot yang pernah menyelamatkannya.
Uther mendapat tahu makhluk misteri itu menuju ke Camelot. Dia memberitahu Arthur supaya sediakan pahlawan2 diraja untuk bertarung. Oleh kerana itulah, ujian kesatria untuk menguji Lancelot dipercepatkan. Dia perlu bertahan selama satu minit berhadapan dengan Arthur semasa perang tanding dijalankan.



Lancelot berpura2 kalah dan menyerang apabila Arthur fikir dia telah menang. Serangan itu berjaya dan Lancelot akhirnya dilantik menjadi pahlawan Camelot iaitu Sir Lancelot. 

Bagaimanapun, Raja Uther berasa curiga dan mengarahkan mohor bangsawan itu diperiksa oleh genelogis diraja, Geoffrey of Monmouth.

Semasa perayaan sempena lantikan Lancelot sebagai kesatria, Merlin bersembang dengan Gaius. Merlin   : Adakah Lancelot tidak layak berada dalam saat2 ini?
Gaius   : Saya tak pernah cakap dia tak. Tetapi, takdir dan memboloskan diri adalah perkara yang berbeza. Awak mempermainkan Tuhan, Merlin. Awak membawa Lancelot ke jalan yang awak pilih. Awak memberikan dia kemenangan, tetapi masa depannya masih tidak pasti.
(Mendalam sungguh maksud Gaius ni).
Ahli geneologis diraja pula sedang memeriksa kesahan mohor bangsawan itu, dan dia mendapat jawapannya.
****************
Pada pagi berikutnya, Lancelot ditahan apabila didapati dia bukanlah seorang keturunan bangsawan, walaupun Geoffrey menyatakan dokumen palsu itu amat menakjubkan. Lancelot dihumban ke dalam penjara. Arthur hanya mendiamkan diri. Dia hanya menyatakan Lancelot masih membuktikan dirinya mampu untuk bertarung, tetapi Raja Uther menegaskan bahawa Lancelot telah mengkhianati kepercayaan mereka serta tidak layak mendapat kehormatan.
Gaius mendapat tahu bahawa makhluk misteri yang mengganas itu adalah seekor Griffin yang sebelum ini hanya dianggap mitos semata2. Gaius mencarinya di dalam sebuah buku mitos. Griffin tiba2 muncul di Camelot dan berlakulah pertarungan di antara Arthur dan pahlawan2 diraja. Walau bagaimanapun, Griffin itu telah memusnahkan senjata Arthur, ia mengundur sebaik sahaja Arthur menghalaunya dengan obor2 api. Gaius menjelaskan bahawa Griffin adalah seekor binatang magik dan hanya boleh ditewaskan dengan menggunakan magik, tetapi Raja Uther berkeras ingin mereka mengumpan Griffin itu dan membunuhnya pada malam itu juga. Gaius memberitahu Merlin, dia perlu menggunakan magik untuk menewaskan Griffin, atau Arthur mungkin akan terbunuh.
(hahahaha..dialog antara Gaius dan Merlin, ni part yg CHn suka)
Merlin  : Adakah benar? yang Griffin hanya boleh dibunuh oleh sihir?
Gaius   : Ya, Merlin. Saya pasti. Jika Arthur pergi melawannya, dia akan mati.
Merlin  : Kalau begitu, ia harus dihentikan. Uther perlu dengar alasan ini.
Gaius   : Apa2 yang berkait dengan magik, raja kita takkan pedulikannya. Namun....magik adalah satu-satunya harapan kita.
Merlin  : Awak tidak mencadangkan.......
Gaius   : Ini takdir awak, Merlin. Tujuan sebenar magik awak.
Merlin  : Awak tahu itu, Gaius. Saya tak boleh berhadapan dengan makhluk tu.
Gaius   : Tapi, kalau awak tak lakukannya, Arthur pasti akan terkorban.
Merlin  : Tak, tak..ni semua gila....saya tak ada magik sekuat itu. Pasti ada cara lain.
Gaius   : Hanya ini satu-satunya jalan.
Merlin : Apa awak pernah peduli apa yang berlaku kepada saya? Buat ni Merlin, buat itu Merlin! Bunuh Griffin tu Merlin! Aku hanya duduk di sini memanaskan kakiku.
Gaius   : Merlin!! ....awak la satu-satunya perkara yang saya ambil berat dalam dunia ni. Saya akan beri nyawa saya pada awak tanpa berfikir panjang. Tapi utk apa? Saya tak boleh selamatkan Arthur. Itu bukan takdir saya. Awak tahu kan itu.
Merlin bersetuju untuk melakukannya. Mereka hanya mempunyai dua jam utk mencari jalan bagaimana utk membunuh Griffin itu.
Arthur pula pergi menemui Lancelot di dalam penjara. Dia kecewa dan marah terhadap Lancelot. Mereka berbincang mengenai Griffin, namun masih menemui jalan buntu. Arthur membebaskan Lancelot. Arthur memberikan seekor kuda kepada Lancelot supaya pergi dari Camelot dan jangan pernah kembali. Lancelot enggan, kerana bukan kebebasan yang dia inginkan. Dia hanya ingin memberi khidmat dengan penuh penghormatan. Dia ingin bersama-sama dengan Arthur bertarung dengan Griffin pada malam itu. Tetapi Arthur tidak membenarkannya.
Merlin pula berusaha menggunakan sihirnya dengan membaca jampi sihir. Dia cuba berkali-kali namun masih tidak menjadi.
Lancelot meminta Gwen menyediakan senjata dan baju perisai, jadi dia boleh berlawan dengan Griffin. Gwen merayu supaya Lancelot jangan pergi meninggalkannya. Merlin mengetahui rancangan Lancelot yang akan pergi bertarung melawan Griffin, dan dia bergegas untuk menyertai Lancelot. Manakala, pahlawan2 diraja telah tiba di mana Raja Uther mencadangkan tempat yang sesuai utk membunuh Griffin. Griffin terlalu kuat dan berjaya mencederakan pahlawan2 diraja. Arthur turut tercedera. 



Akhirnya, Lancelot berhadapan dengan Griffin itu. Manakala, pada waktu itu juga Merlin menggunakan jampi sihir yang telah dicubanya bersama Gaius, sebutannya betul dan betul2 menakjubkan apabila lembing yang dipegang oleh Lancelot mempunyai kuasa magik dan berkuasa membunuh Griffin itu. Apabila Arthur mulai sedar selepas pengsan, Merlin melarikan diri. Arthur hanya melihat Lancelot berdekatan Griffin yang telah mati, dan dia percaya bahawa Lancelot yang berjaya membunuh makhluk itu.
Raja Uther marah kerana Arthur telah mencabar beliau dengan membebaskan Lancelot. Arthur memprotesnya, meyakinkan Lancelot telah menyelamatkan nyawanya dan berlawan dengan penuh penghormatan, jadi dia layak mendapat kedudukan yang terhormat sebagai Pahlawan Camelot. Tetapi, Raja Uther enggan menerima alasan itu.
Lancelot pula mengetahui bahawa Merlin telah menggunakan magik untuk menewaskan Griffin dan dia berjanji akan menjaga rahsia Merlin. Raja Uther dan Arthur bergaduh sama ada untuk meletakkan Lancelot sebagai pahlawan, tetapi Lancelot tidak sanggup lagi untuk menipu dan melihat Raja Uther dan Arthur bergaduh semata-mata kerananya. Dia meminta ampun dan maaf dan akhirnya meninggalkan Camelot. Gwen sedih melihat Lancelot pergi meninggalkannya. Merlin meramalkan dan dia yakin, Lancelot pasti akan kembali ke Camelot suatu hari nanti. 
_cikhafizahnurani::::

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013