“The Great Sword begotten in the dragon’s breath...”
Excalibur merupakan episod kesembilan di dalam siri pertama Merlin, dan
pertama kali disiarkan pada 15 November 2008. Episod ini menandakan penciptaan
pedang Excalibur.
Sinopsis
Semasa istiadat pertabalan Arthur sebagai Putera Mahkota, seorang
pahlawan misteri serba hitam tiba di Camelot, mencabar pahlawan2 Camelot dengan
pertarungan satu lawan satu sehingga mati. Lebih ramai pahlawan Camelot yang
terkorban, dan ia jelas menunjukkan bahawa masa lalu Uther telah kembali
menghantui beliau. Merlin perlu mencari jalan penyelesaian untuk menghentikan
dendam orang yang telah mati itu sebelum ianya membunuh Arthur dan Uther.
Plot
Di dalam ruang bawah tanah makam Camelot, Nimueh melakukan ilmu hitam
pada keranda makam tertutup, menyebut beberapa perkataan jampi sihir yang
diakhiri perkataan “Uther Pendragon”. Kemudian, makam itu terbuka dan pecah dan
keluarnya tangan yang bersarung dengan besi. Nimueh tersenyum gembira
dengan hasil kerjanya manakala penghuni keranda itu mengaum dalam kemarahan.
Kembali di istana Camelot, Arthur telah ditabalkan oleh Uther sebagai
Putera Mahkota Camelot, dan dengan tiba2 muncul seorang kesatria berpakaian
perisai hitam memecah masuk ke dalam dewan majlis melalui tingkap. Kesatria itu
mengeluarkan sarung tangannya dan mencampakkan ke atas lantai sebagai cabaran,
dan ia diambil oleh Sir Owain. Kesatria itu menyatakan peraturannya :
pertarungan satu lawan satu pada tengahari esok sampai mati. Kesatria itu pun
berlalu pergi menunggang kudanya.
Gaius memberitahu Merlin dia tidak tahu mengenai kesatria tersebut,
tetapi dia dan Geoffrey of Monmouth mengenali perisai dan menyedari ia milik
kesatria yang bernama Tristan De Bois. Gaius dengan segera memberitahu Uther
mengenainya yang mana Uther telah mengetahuinya; Tristan De Bois telah dibunuh
20 tahun yang lalu oleh Uther sendiri, walaupun Uther tidak tahu bagaimana dia
boleh kembali, dan menyatakan “orang yang telah mati tidak kembali”.
Keesokannya harinya, Arthur cuba mengajar Sir Owain bagaimana untuk
melawan dengan kesatria itu. Guinevere muncul dan memberikan token kepada Sir
Owain dan ianya hadiah daripada Morgana. Pertarungan bermula, Sir Owain berjaya
menikam kesatria itu namun kesatria itu tidak luka ataupun cedera. Kesatria itu
kemudiannya berjaya membunuh Sir Owain dan dia sekali lagi mencabar pahlawan2
yang lain. Oleh kerana kesatria itu mencabar sekali lagi, Arthur ingin menerima
cabaran, namun Arthur dihalang oleh bapanya, Uther. Dan ini menyebabkan ia
memberi peluang kepada pahlawan Camelot yang lain menerima cabaran itu. Merlin
memberitahu Gaius yang dia jelas nampak Owain berjaya menikam kesatria itu, dan
sepatutnya kesatria itu pasti mati. Gaius yakin dan menyatakan mungkin kesatria
itu sudahpun mati. Arthur memarahi bapanya kerana menghalangnya dari mengambil
sarung tangan kesatria tersebut. Uther menegaskan ia memberi peluang kepada
pahlawan2 Camelot membuktikan diri mereka dan dia yakin Sir Pallinor sesuai
bertarung dengan kesatria misteri itu.
Utk menjawab persoalan, Merlin dan Gaius menuju ke ruang bawah tanah yang
menempatkan makam dan mendapati seseorang telah mengeluarkan mayat di dalam
makam terbabit. Kembali ke rumah Gaius, ia mendedahkan bahawa Tristan adalah
adik beradik Ygraine, isteri Uther dan merupakan ibu kepada Arthur. Tristan
menyalahkan Uther di atas kematian kakaknya semasa melahirkan anak, datang ke
gerbang Camelot dan berhadapan dengan Uther. Uther berjaya membunuh Tristan di
dalam pertarungan satu lawan satu, namun semasa nafas terakhir Tristan, dia menyumpah
Camelot akan terseksa suatu hari nanti saat dia kembali semula. Gaius fikir
ianya kata2 merapu oleh seorang lelaki yang hampir mati, tetapi kini Gaius
takut ancaman Tristan akan menjadi kenyataan. Gaius mengesyaki penglibatan
sihir; sihir telah digunakan utk memanfaatkan kesedihan dan kemarahan roh, lalu
membentuk hantu. Apabila Merlin menanyakan bagaimana hendak menghentikannya,
Gaius menjawab ianya tidak boleh; kerana hantu tidak hidup, ia tidak boleh
dibunuh oleh apa2 senjata manusia, dan akan terus membunuh sehinggalah ia
mencapai matlamat utama iaitu DENDAM.
Cabaran hari berikutnya adalah seperti yang pertama, Sir Pellinore
bertarung dengan kesatria hitam dan beliau berjaya menikam kesatria itu
(disedari oleh Morgana dan Guinevere). Kesatria hitam tidak menunjukkan apa2
tanda cedera atau luka dan berjaya menghabiskan Sir Pellinore. Masa ini lah
juga Arthur melemparkan sarung tangannya, mencabar kesatria hitam itu dengan
mengejutkan Uther. Kesatria hitam itu menerima cabaran Arthur dan berlalu pergi.
Uther ingin membantalkan cabaran tersebut, namun Arthur enggan kerana ia
bertentangan dengan peraturan serta ingin membuktikan dia layak utk menaiki
takhta. Uther menyatakan Arthur akan mati jika bertarung. Arthur menjawab balik
kenyataan Uther dengan menyatakan Uther tidak percaya pada kemampuan dirinya.
Merlin mencadangkan idea menggunakan sihir dalam usaha utk memusnahkan
kesatria itu. Gaius pergi berjumpa Uther dan memberitahu yang makam Tristan
kosong dan Tristan telah dibangkitkan semula dari kematian. Gaius mengingatkan
Uther supaya tidak membenarkan Arthur bertarung. Gaius menjelaskan bahawa tidak
ada senjata manusia yang mampu membunuh si mati dan Arthur akan terkorban. Uther
tahu anaknya tidak akan mendengar cakapnya, menyebabkan Gaius mencadangkan
supaya Uther menceritakan kepada Arthur siapa sebenarnya kesatria itu. Uther
mendedahkan bahawa Gauis pernah bersumpah tidak akan memberitahu sesiapa
tentang rahsia ini dan memerintahkan Gaius meninggalkannya seorang diri.
Sementara itu, Merlin menuju ke tempat di mana kesatria itu berdiri. Dia
cuba menyerang kesatria itu dengan sihirnya, dengan menghasilkan lingkungan api
sama seperti Edwin; Episod 6: The Poisoned Chalice. Sihir yang dibuat tidak
meninggalkan apa2 kesan terhadap kesatria tersebut. Merlin berjumpa dengan
Arthur dan memberitahu supaya Arthur menarik diri, namun Arthur enggan.
Pada waktu tengah malam, Uther tiba2 dikejutkan dengan kehadiran Nimueh
di dalam dewan majlis. Nimueh menyatakan hantu itu adalah dendamnya terhadap
Uther kerana menghalaunya daripada istana dan membunuh begitu ramai rakan
seangkatannya yang menggunakan sihir.
Uther : Aku sepatutnya
sudah tahu..
Nimueh : Ini lebih daripada
apa yang aku harapkan....Nanti, Arthur akan terbunuh. Kau yang akan menghantar
kepada kematiannya.
Uther : Kau tak penat
ke membalas dendam?
Nimueh : Kalau kau pula?
Kau yang mulakan perang ini semasa kau membuang aku dari istana dan membunuh
orang sesama jenisku.
Uther : Kau sendiri
yang menjadi penyebabnya. Kau mengamalkan kejahatan.
Nimueh : Aku sahabat kau,
Uther! Kau menerima ku di sini.
Uther : Kau yang
mengkhianati persahabatan ini.
Nimueh : Aku buat apa yg
kau minta! Aku gunakan sihir yang sangat kau benci supaya isteri kau yang
mandul boleh berikan anak yang kau idam-idamkan.
Uther : Jangan cakap
begitu tentang isteriku! Dia adalah jantung hatiku, jiwaku. Dan kau mengambil
dia dari aku.
Nimueh : Dia mati di saat2
melahirkan anak kau. Itu bukan pilihan aku. Itu adalah hukum sihir. Utk mencipta
nyawa, perlukan kematian. Keseimbangan dunia perlu dibayar semula.
Uther : Kau tahu ia
akan membunuh dia!!
Nimueh : Tak, kau salah.
Jika aku boleh nampak kematiannya, dan hukuman ngeri yang kau lakukan, aku
takkan mengabulkan permintaan kau.
Uther : Aku harap
begitu..
Nimueh : Kau tak berharap
kau punya seorang anak? Baiklah, impian kau akan menjadi kenyataan esok.
Uther : Aku takkan
biarkan kau mengambil dia.
Nimueh : Aku telah lihat
ramai orang yang aku sayang mati di tangan kau, Uther Pendragon.... Sekarang
giliran kau.
Sekelip mata, Nimueh hilang..............
Dengan bantuan Geoffrey of Monmouth, Merlin mencari maklumat mengenai
senjata yang boleh membunuh orang yang sudah mati.
Merlin : Sy perlu cari
senjata yang boleh membunuh sesuatu yang telah mati.
Geoffrey : Sy pernah baca
perkara seperti itu dalam sejarah kuno.
Merlin : Betul ke? Apa
yang ditulis di dalamnya?
Geoffrey : Beberapa dongeng
mengatakan tentang pedang kuno.....
Merlin : Yang boleh
membunuh orang yang sudah mati?
Geoffrey : Pedang dalam
dongeng itu boleh memusnahkan apapun, yang hidup atau pun yang telah mati.
Merlin : Bolehkah kamu
tunjukkan salah satu dongeng itu?
Geoffrey : Baik..aku fikir
dulu...Ya
Merlin : Kita harus
cepat..
Geoffrey : Ya, orang muda
seperti kamu selalu terburu-buru......Ini dia, Dongeng dari Beltain..Ah ini
dia...Sir Marhaus menatap pedang hebat,
yang dilahirkan oleh nafas sang naga dan menggunakannya utk kebaikan.
Merlin : Apa yang kamu
cakap?
Geoffrey : Sir Marhaus....
Merlin : Tak, tak,
tak..bukan pasal dia...yang pasal naga...
Geoffrey : Pedang yang hebat
dilahirkan oleh nafas sang naga dan digunakan utk kebaikan....
Merlin terus meninggalkan Geoffrey....
Selepas mencari rujukan mengenai senjata itu, Merlin meminta sebilah
pedang dari Guinevere. Guinevere memberikan sebilah pedang yang terbaik yang
pernah bapanya cipta, dan kemudian Merlin pergi berjumpa dengan The Great
Dragon.
Merlin : Awak tahu
kenapa sy ke mari?
Naga : Ini mungkin
mengejutkan awak Merlin, tapi pengetahuanku tentang hidupmu tidaklah secara
umum.
Merlin : Ia perlu
dilakukan utk Arthur. Nyawanya dalam bahaya. Dia akan mati..kecuali..sy boleh
buat satu senjata yg boleh membunuh orang yang telah mati.
Naga : Jadi, awak
datang utk suruh aku buat apa?
Merlin : Bolehkah awak
menyemburnya, utk selamatkan Arthur?
Naga : Orang yang
telah mati tak boleh hidup lagi tanpa alasan..Dia datang utk siapa?
Merlin : Uther.
Naga : Maka, biarkan
dia membalas dendamnya dan hantu itu akan mati tanpa bantuanku.
Merlin : Tapi, Arthur
yang akan melawannya. Awak harus selamatkan dia.
Naga : Itu takdirmu
ahli sihir muda, bukan takdirku.
Merlin : Tapi kalau
Arthur lawan hantu itu dan tewas, Camelot tak ada pewaris. Sy takkan ada takdir
lagi.
Naga : Senjata yang
dibuat dengan bantuanku akan mempunyai kekuatan yang besar.
Merlin : Saya tahu.
Naga : Kamu tak tahu,
kamu hanya boleh teka.Kamu belum lihat apa yang pernah ku lihat. Jika kamu
sudah melihatnya, mungkin kamu takkan menyuruhku melakukan ini.
Merlin : Apa maksud
awak?
Naga : Di tangan yg
salah, pedang ini boleh melakukan kejahatan yang dahsyat. Pedang ini harus
digunakan oleh Arthur dan hanya dia sahaja.
Merlin : Aku faham.
Naga : Kamu perlu lebih
dari sekadar faham, kamu mesti berjanji.
Dan terciptalah pedang yang ditempa oleh nafas naga, Excalibur......
Naga : Pegang
kata-kataku. Pedang ini ditempa hanya utk Arthur, dan hanya dia seorang.
Atas permintaan Uther, Gaius memberikan ubat tidur kepada Arthur dan
Uther sendiri akan mengambil tempat Arthur utk berhadapan dengan kesatria hitam
itu. Uther berjumpa Merlin di dalam tempat penyimpanan senjata Camelot dan
mengambil pedang itu utk dirinya (sesuatu yang luar biasa pada kemahiran
penukangan dan keseimbangan yang sempurna), menggunakannya utk bertarung dengan
hantu (Tristan). Dia bertemu dengan Tristan di arena perlawanan dan memberitahu
Tristan yang dia akan dapat apa yang inginkan; bapanya, bukan anak. Selepas
beberapa lama bertarung, perlawanan sampai ke kemuncaknya apabila Uther memukul
topi penutup muka Tristan, ia mendedahkan wajah buruk Tristan yang reput berupa
hantu. Dan apabila suatu saat pedang Tristan terlekat pada perisai Uther, dia
cuba utk mencabut pedangnya, namun ia memberi peluang kepada Uther meluru ke
arah Tristan lalu menikamnya. Tristan menjerit, lalu terbakar dan hancur.
Nimueh terkejut dan marah, menyaksikan perlawanan itu dalam khalayak ramai.
Arthur berhadapan dengan Uther selepas perlawanan itu, tetapi Uther
mempertahankan dirinya dan mengatakan dia tidak akan membenarkan benda yang
paling berharga dalam hidupnya mati. Arthur terkejut mendengar pengakuan ayahnya,
dan percaya dia amat kecewa dengan ayahnya.
Pada malam itu, The Great Dragon ingin tahu dan memanggil Merlin. Merlin
berjumpa dengannya. Merlin memberitahu perkara sebenar yang Uther telah
menggunakan pedang itu. The Great Dragon menegaskan bahawa pedang itu digunakan
oleh Uther, pedang itu hanya akan membawa kepada kejahatan. Sebagaimana ia
telah diciptakan dan tidak boleh dimusnahkan, naga itu mengarahkan Merlin
supaya menyembunyikannya dan tidak akan ada sesiapa dapat menemuinya dan
menggunakan kuasa yang ada pada pedang itu. Merlin membawa pedang itu keluar
dari Camelot dan membuangnya ke dalam tasik (Avalon), di mana ia jatuh di dalam
dasar tasik, iaitu gambar yang dipaparkan pada permulaan cerita.