Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Tips Untuk Menjadi Pelajar Cemerlang

Isu kali ini akan mengupas petua untuk menjadi pelajar cemerlang, namun beberapa halangan perlu diatasi segera.

Suka Bertangguh-Tangguh
Pada awal tahun biasanya pelajar berasa cukup selesa dan berasakan bahawa terdapat banyak masa lagi untuk mengulang kaji pelajaran. Jadi, mereka mengabaikan sahaja waktu yang ada untuk mengulang kaji pelajaran. Apabila tiba waktu peperiksaan, semuanya akan menjadi kelam-kabut. Akibatnya, keputusan peperiksaan tidak memberangsangkan.
Oleh sebab itu, buatlah persediaan lebih awal sebelum menghadapi peperiksaan yang akan  ditempuh. Elakkan daripada sikap menangguhkan kerja. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Tidak Belajar Secara Berkumpulan
Belajar secara berkumpulan adalah satu cara belajar yang amat berkesan sekiranya diamalkan dengan betul. Akan tetapi ramai pelajar tidak mengetahui hakikat ini dan lebih gemar belajar bersendirian.
Ada beberapa faktor yang menyebabkan tidak ramai yang mempraktikkan belajar secara berkumpulan, antaranya:
1. Berasa Diri Sudah Pandai
Tanggapan seperti ini salah kerana sepandai mana pun anda, dengan mengajar atau mendengar orang lain bercakap mengenai sesuatu, anda akan dapat memperbaiki kefahaman anda. Bahkan dengan membuat ulang kaji, maklumat          yang diterima itu menjadi “long term memory” atau ingatan jangka panjang. Di samping itu, setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dan setiap             orang mempunyai kefahaman yang berbeza. Mungkin anda bijak dalam pelajaran matematik, manakala kawan anda bijak dalam pelajaran bahasa Inggeris. Anda boleh saling melengkapi antara satu dengan yang lain.

2. Malu Mengakui Kelemahan Diri.
Setiap insan diciptakan oleh Allah S.W.T mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Sehebat mana pun seseorang itu, tentu mempunyai kelemahan juga. Maka dengan mengenal pasti kelemahan yang ada pada diri sendiri, anda boleh mengambil langkah positif untuk memperbaiki dan mengatasi kelemahan itu.

3. Tidak Kenal Kehebatan Diri
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan makhlukNya dengan penuh kesempurnaan. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang terbaik dan dimuliakan kerana kita dikurniakan akal fikiran yang tidak dianugerahkan kepada makhluk lain.
Manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberikan akal untuk berfikir. Nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T ini haruslah disyukuri dan dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Setiap manusia diciptakan dengan kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oleh sebab itu kita perlu mencari dan menonjolkan kelebihan yang dimiliki serta memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri.

Walau bagaimanapun, jika diperhatikan fenomena pada hari ini, ramai pelajar gagal mengenal pasti kelebihan dan kehebatan diri sendiri. Alhasil, rasa rendah diri akan wujud, terutama apabila berhadapan dengan pelajar yang lebih pintar. Setelah gagal sekali, mereka terus mengalah dan mengakui bahawa mereka memang tidak pandai dan tiada harapan untuk berjaya. Pelajar yang tidak mengenal kehebatan diri, sukar untuk berjaya dalam pelajaran kerana dia mudah menyerah kalah sebelum berjuang.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013