Best tak tajuk ni? Sejarah Mungkin
Berulang ….macam tajuk lagu New Boyz la plak..
Tajuk ni memberi satu instinct kpd
Chn di mana ia mungkin blh dijadikan DOMAIN yang utama dalam blog Chn ni..
Entry ni mgkin akan berbelit2 dan
susah difahami kalau tak baca betul2..
First sekali, patutkah kita
persalahkan orang lain di atas kesalahan yang kita sendiri lakukan? Perlukah
kita membuat orang lain bertanggungjawab ke atas dosa yang kita lakukan?
Jawapannya, tidak patut dan tidak perlu. Kita sendiri yang perlu bertanggungjawab
di atas setiap kesalahan dan dosa yang telah dilakukan itu.
Contohnya, kes2 spt baby dumping dan budaya zina yang makin
berleluasa kini, dan kita seringkali menuding jari kepada pihak tu..pihak ni…
dan ada yang menyalahkan pihak kerajaan. Tak terlepas jugak pihak ibu bapa dan
guru2…Pihak media massa spt televisyen dan internet pn disalahkan……
Emm…siapa patut disalahkan
terjadinya semua benda2 mcm ni?
The answer is YOURSELF. Individu
yang terlibat itu sendiri yang harus dipersalahkan dan harus bertanggungjawab
ke atas kesalahan itu.
“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” – Al-Israa’
17:32
Dalam Al-Quran sendiri telah
berfirman supaya manusia menjauhi zina. Tetapi kenapa kita masih lagi berdegil
dan sengaja mengheret diri kita ke dalam lembah kehinaan itu? Tepuk dada, Tanya
iman…
Keputusan berada di tangan kita.
It’s all in your hands. Kita sendiri yang menentukan jalan yang harus kita
lalui. Jangan menuding jari ke arah orang lain. Walaupun seribu orang kita
persalahkan, namun kita sendiri yang harus bertanggungjawab terhadap diri
sendiri. Remember, that one day, kita menuding jari ke arah orang lain, lagi
empat jari sedang menuding ke arah diri kita sendiri.
Buatlah keputusan yang bijak dan
menggunakan iman, bukannya nafsu.
Kita sudah tahu apa yang akan
berlaku jika terus-terusan perkara ini berlaku..Tak kan kita inginkan sejarah
berulang kembali. Takkan anda nk anak anda ulang kesilapan yang spt yang anda
pernah lakukan?
Manusia ni kan....diorang tak
belajar ke daripada sejarah2 lalu sehingga mengulang kesilapan yang sama
seperti yang terakam dalam lipatan sejarah.
Manusia selalu je tak pernah belajar
drp sejarah sehingga mengulang kesilapan yang sama spt yg terakam dalam lipatan
sejarah. Jika ssiapa yang melupakan sejarah mungkin kembali mengulangi sejarah
itu dan bakal berhadapan hukuman akibat kesilapan itu.
Bagi Chn sendiri, jika seseorang
melupakan sejarah lalu, individu itu akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah
mengatakan mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan
mengulangi kesalahan mereka berulang kali.
Sejarah sebenarnya berulang tak kira
di pelusuk dunia, di mana kita berada cuma yang berubahnya adalah individu pemegang
wataknya sahaja. Bagaimana satu-satunya tamadun itu bermula , mencapai tahap
kegemilangan dan zaman kejatuhan sesuatu tamadun itu tidak banyak bezanya. Kaji
lah bagaimana Melaka berkambang sebagai sebuah empayar yg famous....Sejarahnya
tidak banyak beza dengan empayar Majapahit. Kaji lah juga empayar2 yang besa in
the whole world....Tidak banyak bezanya. Bezanya cuma pada individu2 nya
sahaja. Namun plotnya hampir sama.
Percayalah, bahawa setiap hari masa
berlalu kita sebenarnya telah dan sedang mencipta sejarah untuk kita sendiri,
sama ada kita sedar mahupun tanpa kita sedari. Setiap rekod sejarah amalan kita
di dunia yang fana ini akan dipaparkan oleh Allah SWT di akhirat kelak, hatta
ia melibatkan sebesar zarah sekalipun.
Persoalannya adalah kita
ingin mengetahui qada’ yang mana untuk kita pilih agar kita memiliki qadar yang
terbaik buat kita. Inilah yang menjadi kebingungan kita selama ini. Lalu sejak
sekian lama banyak pendapat membahaskan dengan sejauh mana kebebasan memilih
yang Allah berikan kepada kita.
Seandainya kita mendalami hal qada’ dan qadar ini, kita pening sendiri. Keliru sendiri. Kita akan terus mengemukakan persoalan yang tidak pernah memuaskan hati kita.
Diketika kita mengatakan
bahawa kita diberi pilihan oleh Allah SWT kepada kita sendiri untuk memilih
takdir, nanti akhirnya semua pilihan kita ditentukan oleh Allah jua.
Seandainya kita
mengatakan kita tidak memiliki pilihan di dalam memilih dengan hanya mengikut
semua kehendak Allah SWT semata-mata, lalu kita persoalkan tentang balasan
Allah yang dikenakan atas tangan-tangan kita sendiri.
Persoalan ini tidak akan
berakhir. Kita akan menjadi semakin keliru.
The truth is, yang utama bukan untuk mengetahui takdir yang mana baik atau tidak baik. Ini kerana baik atau tidak baik itu adalah pada penilaian kita sebagai manusia sahaja.
Juga tidak menjadi
sesuatu yang penting untuk kita mengetahui sesuatu pilihan itu kita yang
memilih sendiri atau ditetapkan Allah kerana walaubagaimana perbahasan kita pun
semuanya adalah ketetapan Allah jua adanya.
Bagi Allah SWT, apa jua yang berlaku pada kita adalah yang terbaik untuk kita. Allah menjelaskan sejelas-jelas dalam Al-Quran bahawa selagi kita berpegang pada Allah, beriman kepadaNya dengan benar pasti ditunjukkan kita jalan yang baik.
Dengan keyakinan ini,
kita ini teruskan sahaja kehidupan kita ini dengan memastikan bahawa kita tetap
berpegang pada tali Allah SWT. Apa pun yang menjadi takdir kita, samada pada
penilaian kita ianya tidak baik, namun sebenarnya itulah terbaik di sisi Allah
untuk kita.
Kita tidak tahu apakah
sebenarnya rancangan Allah untuk kebaikan diri kita. Walaupun bagi kita sesuatu
yang menimpa kita itu merupakan satu musibah atau bala atau apa jua pun
(mengikut penilaian kita), namun selagi kita bergantung pada Allah SWT 100%,yakinlah bahawa semua itu adalah
proses dalam hidup kita yang perlu kita lalui dan di sana ada kebaikan untuk
kita.
Dengan memahami hal ini, kita tidak perlu bertanya-tanya yang mana satu pilihan yang terbaik sebelum melakukan kerana ia akan terus membingungkan kita.
Yang utama kita tanya
dan memohon izin daripada Allah sebelum memilih dan melakukan sesuatu. Namun
jawapan Allah bukan berbentuk seperti jawapan manusia.
Jawapan Allah itu
berbentuk tuntunan sehinggakan kita tidak berasa bahawa gerakan kita, usaha
kita dan pilihan kita itu sebenarnya adalah ketentuan Allah.
Kita berasa semua yang
kita lakukan adalah pilihan dan usaha kita sedangkan hakikatnya Allah jualah
yang menggerakkan semuanya.
Lalu dengan daya
kemanusiaan yang kita miliki atas kurniaan Allah SWT, lakukan sahaja apa yang
kita inginkan dan fikirkan kerana semuanya itu adalah tuntunan Allah pada kita.
Namun dalam melakukan
sesuatu itu, kita bukan boleh melakukan sesuka hati kita. Kita ada
aturan-aturan yang disediakan Allah SWT. Fikiran dan akal kita mampu mengetahui
dan memahami aturan Allah SWT yang disampaikan melalui Al-Quran dan Hadis Nabi
Muhammad SAW. Akal waras kita tahu membezakan mana yang baik dan yang buruk.
Yang utama kita tetap terus bergantung pada Allah SWT 100% dalam hidup ini. Apa pun perkara yang terjadi pada kita, yakinilah bahawa selagi kita tetap terus bergantung pada Allah SWT, kita tetap akan diredhai Allah SWT.
Sesuatu yang baik atau
tidak baik hanyalah persepsi dan penilaian kita.
Allah merahsiakan perancanganNya
kepada kita agar kita tetap terus bergantung kepadaNya dengan keyakinan yang
tidak ada keraguan sedikit pun dalam setiap apa jua ibadah kita.
Semoga kita tidak lagi
keliru dan pening kepala mempersoalkan tentang takdir dan juga kebebasan memilih
yang Allah berikan kepada kita.
Sebagai penutup,
yang pasti JUST DO IT! Beramal soleh. Amal Ma’aruf Nahi Mungkar. NAMUN TETAP
TERUS MENDAHULUKAN ALLAH SWT! The History Never Repeats!!!