Home The Writer Counseling Life Motivation Islam

Menyoal dan Meneroka Dalam Sesi Kaunseling


SESEORANG yang sedang dirundung malang, ditimpa masalah dan berjumpa kaunselor biasanya mengalami 'blind spot' yang perlu dileraikan oleh kaunselor. Menurut Egan (2002; 27), antara langkah kaunselor dalam sesi adalah membantu mereka meleraikan blind spots yang menghalang mereka daripada melihat ke dalam diri, masalah sebenar mereka dan peluang mereka yang tidak terungkai. Ivey (2000) pula mengklasifikasikannya sebagai aset.

Kaunselor menggunakan teknik menyoal untuk menerokai maklumat lanjut, mendapatkan kepastian (Halimatun & Mizan: 1996). Egan (2002: 121) menjelaskan dua prinsip utama dalam menyoal :
1. Bataskan pertanyaan anda
Jangan menjadi seperti Pegawai Polis yang menyiasat sesuatu kes hingga anda bertanya dan terus bertanya seolah-olah mendesak klien untuk terus bercerita. Tindakan ini hanya akan menyebabkan klien berasa terdesak dan bosan dengan sesi kaunseling. Misalnya seorang pelajar yang terlibat dalam kes buli dan dipanggil ke dalam bilik kaunseling; anda terus menanyai klien dengan soalan-soalan seperti berikut:
Apakah perasaan awak terlibat dalam membuli pelajar?
Pernah tak awak menilai sedalam-dalamnya kesan membuli orang lain?
Tahu tak awak akibat tindakan membuli di sisi undang-undang dan sekolah?
Kalau beginilah sikap kaunselor alamatnya keesokannya klien anda tidak akan berjumpa anda lagi. Silap-silap dia terus meninggalkan sekolah.
Ini bererti terokai klien sedikit demi sedikit. Tanya sedikit demi sedikit bagi menggalakkannya untuk terus bercakap.
Misalnya teliti dialog antara kaunselor-klien seperti berikut:
Klien : Saya betul-betul bingung sekarang. Mak dan ayah hari-hari bertengkar dan terus bertengkar, tak pernahpun ambil peduli tentang saya; hidup ke mati ke sayani...dalam masa yang sama saya perlu terus tinggal bersama mereka. Itulah...ikut hati nak lari aje, tapi sayang pula saya punya 'study' kat sekolah ni.
Kaunselor : Nadia benar-benar kebingungan sekarang...(Parafrasa)
Klien : Yalah...mana tak bingung, orang lain ada ibu bapa juga tapi tak adalah asyik nak bergaduh, ambil peduli juga tentang anak mereka......(mula menangis teresak-esak)
Kaunselor: Hmm...cikgu dapat rasakan Nadia bukan saja bingung tapi sedih dengan situasi ini, bukan? (Refleksi perasaan dan pertanyaan tertutup)
Klien : (Senyap dan terus menangis teresak-esak)
Kaunselor: (Selepas beberapa ketika). Ok....Nadia benar-benar bingung dan sedih sekarang. Hmm...mungkin Nadia boleh jelaskan lagi apa agaknya yang benar-benar membingungkan awak? (Soalan terbuka)
Klien : Yalah cikgu...Nadia bingunglah cikgu. Bingung dalam membuat pilihan antara nak terus tinggal dengan mak dan ayah yang tak pedulikan Nadia atau lari saja dari rumah!!
Kaunselor : Cikgu dengar Nadia benar-benar kecewa dengan sikap mak dan ayah. Tadi Nadia ada menyatakan mereka bergaduh setiap hari, tidak ambil peduli terhadap Nadia...tapi mungkin Nadia boleh jelaskan lagi kerana cikgu belum betul-betul mengerti apa agaknya yang membuatkan Nadia kecewa terhadap mereka (Pertanyaan terbuka)
Klien : Iyalah...pertamanya mereka sibuk sangat bekerja dan terus bekerja. Kemudian balik ke rumah ada saja dipertengkarkan tentang masalah duitlah, rumah bersepahlah, siapa nak bayar bil dan macam-macam lagi. Pendek kata kalau mereka tak bertengkar, tak sah....sepatutnya mereka tanyalah Nadia dah makan ke....kerja rumah Nadia dah buatke...apake...dahlah Nadiani anak tunggal! Bagi Nadia, sikap diorang ni sikap tak ambil pedulilah....tak sayanglah kat anak!

Sengaja cikgu meleretkan dialog panjang ini agar anda semua mengerti cara hendak menggunakan soalan dalam sesi kaunseling. Jelasnya anda tidak perlu bertanya bertubi-tubi tetapi pola soalan adalah menjurus kepada menggalakkan klien terus bercerita.

2. Galakkan soalan terbuka
Soalan terbuka adalah soalan yang memerlukan jawapan lebih daripada satu perkataan. Soalan tertutup pula mengehadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja dan memberikan maklumat khusus misalnya:
Kaunselor : Awak dah makan?
Klien : Ya.
Kaunselor : Awak tahu kenapa awak dihantar ke bilik kaunseling?
Klien : Tahu
Kaunselor : Awak dirujuk oleh Guru Disiplin kerana menghisap rokok dalam tandas, tahu tak?
Klien : Tahu
Kaunselor : Pukul berapa awak merokok?
Klien : 10.30 pagi.
Kaunselor : Dengan siapa awak merokok?
Klien : Dengan kawan-kawan.
Kaunselor : Siapa yang merokok bersama-sama awak?
Klien : (Mengangkat bahu) Entah cikgu...tak ingat.

Bolehkah anda bayangkan apakah akan terjadi dalam sesi kaunseling begini? Sudah tentu sesi ini akan menyebabkan klien tidak selesa, bosan dan mula berfikir 'bila lagi aku boleh angkat kaki.'

Soalan tertutup boleh ditanya tetapi hanya sesekali dan bukan bertubi-tubi. Gunakan soalan tertutup sekadar untuk mengesahkan maklumat dan teruskan dengan soalan terbuka. Perhatikan dialog berikut:

Klien : Saya tak bersalah cikgu. Saya cuma saksi sahaja dalam kes ini....
Kaunselor : Cikgu dengar Amir kata Amir tidak sepatutnya dipersalahkan...
Klien : Yalah cikgu, mana boleh saksi pula hendak didakwa dan dijatuhi hukuman. Ini tidak adil, cikgu!
Kaunselor : Amir rasa sekolah tidak adil, betul begitu? (Soalan tertutup)
Klien : Ya...tak adil sama sekali.
Kaunselor : Hmm...(mengangguk-angguk). Ok....boleh tak Amir ceritakan situasi sebenarnya...(soalan terbuka)

Nampak tak? Soalan tertutup hanyalah berperanan untuk mengesahkan maklumat dan anda harus menyusuli dengan soalan terbuka.

Selain berfungsi sebagai alat penerokaan, bagi menggalakkan klien bercerita, kaunselor juga boleh menggunakan soalan untuk membuat pengesahan (clarification), menyemak persepsi dan konfrontasi. Dari sudut pengesahan dan persepsi rasanya dalam dialog di ataspun anda sudah dapat mengagaknya.

Dari sudut konfrontasi, kaunselor menggunakan soalan untuk mendapatkan pengesahan klien apabila wujud percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien dan apa yang dilakukannya (Halimatun dan Mizan: 1996). Begitu juga jika pada satu ketika, dia bercakap begitu dan pada ketika lain, bercakap begini pula (asyik bercanggah idea). Namun pastikan konfrontasi dilakukan ketika sudah wujud hubungan yang baik antara klien dan kaunselor.

Contoh konfrontasi:
Kaunselor : Cikgu berasa agak keliru dengan Nadia. Tadi kata bingung dan tak tahu lagi sama ada hendak terus tinggal di rumah atau lari saja dari rumah. Tapi Nadia menyatakan yang Nadia telah membuat perancangan hendak lari bersama boyfriend malamni...macamana tu?

Contoh lain (percanggahan idea dari masa ke masa):
Kaunselor: Tempoh hari Farid kata dah tak mahu berkawan lagi dengan Maya. Farid kata hubungan dah putus, cukup setakat itu saja. Tapi hari ini Farid ada membayangkan Farid rindu sangat kat Maya dan ingin kembali berkawan dengannya. Hmm...boleh Farid jelaskan perbezaan pandangan ni...
Klien : (terhenti sejenak)...Yalah cikgu, Farid memang tak boleh lupa kat Maya. Sebenarnya Farid terlalu sayangkan Maya dan tak mahu kami berpisah buat selama-lamanya.

Okay, sudahkah anda jelas tentang teknik dan kepentingan menyoal dalam kaunseling? Harap kita boleh praktis di kelas....

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Korang Ingat Korang BAGUS SANGAT KE BILA……

Assalamualaikum......
Dan salam sejahtera buat semua rakan2 blogger Chn kali ni…
Sekali lagi Chn ingtkan supaya bersabar dengan penulisan yang bakal Chn karang ni…Harap korang semua tak terasa yer..
Mood muhasabah diri juga perlu ada ketika membaca artikel ni

Pernah tak anda rasa menyampah bila anda tengok orang tertentu dengan sikap dan tingkah lakunye yg anda rasa agak devian, bajet comel, bajet cool, high class dan segala bagai adik beradik kepadanye…Entry ni bukan nak niat nk mengata dan bukan jua jealous, tp entry ni nk buat anda semua terasa sikit dan sedar la siapa diri kita sebenarnye….Kite hanya hamba Allah, kecik di sisiNya..x perlu nak besar2kan diri sbb korang ada harta lebih n segala bagai yg blh korang banggakan…
Antara ciri2 nye adalah

Sering menyebut perkataan ala2 inggeris gitu~…


Kalau dalam realitinye Chn x pernah jumpa la orang mcm ni..sbb Chn x pernah bergaul dengan orang mcm ni.. agak2nye ada di luar sana kot …Dlm drama Melayu ade jer yg menyebut :
“what the ***** damn is going on?”
“what the hell”
“Oh shit”
“whats up man”
“Omg!!!”
“Nonsense”
Pernah tak anda dengar orang cakap mcm ni??
UAI (Ustaz Azhar Idrus) cakap OMG boleh disebut, sbb maksudnye diertikan Oh TUHANKU..yg menjatuhkan ia haram jika niat kite menyebutnye adalah utk show off dan meniru gaya orang Barat…..namun elok sgt ke diamalkan perkataan tu keluarkan dr mulut kite? Cuba la berlatih slow2 ckp bnda yang elok2 je..Contohnye, Ya Allah!!! Astaghfirullahazim, Masyaallah..Alhamdulillah!...
Chn ni orang Kelantan, adat, budaya Chn amalkan semuanye kekampungan, x de la mcm tu sgt tp ikut jgak aliran teknologi masa kini, tetapi kite seharusnye sedar sape diri kita walaupun kite tggal dan menetap di Kuala Lumpur, London sekalipun, amalkanlah cara2 Islam, ikut Sunnah Nabi, semuanye tak rugi…

Terlalu mengikut trend/ stylish
Cantik sgt ke kalau korang pakai makeup tebal2, pakai stylish macam mat saleh…dengan baju ala2 nak pergi picnic, topi mcm topi koboi dan bla bla bla~…dan skrg ni keluar pesen baru plak, baju warna merah, seluar warna kuning…pemakaian tu tak melambangkan kite ni orang Islam..

alamak..yg ni katy perry...example je ni

Dan ada jugak yg jenis pakai makeup tebal, lipstick merah menyala, baju ketat, skirt singkat, seluar ketat mcm buah nangka daaaa…
Anda ingat semua tu cool ke ?? dengan benda tu semua hanya mempluskan ++++ dosa2 anda..
DearGirls...anda tak perlu la makeup tebal2..Anda pakai tudung pun dh comel, cantik..Lagi cantik kalau anda tutup aurat..Tak perlu nak makeup tebal2 supaya boyfren terima awak ...If dia ikhlas, dia akan terima segala kekurangan awak...okeh..
*TIPS KELUAR RUMAH : Sebelum keluar rumah, tanya pada diri, “Allah redha tak apa yang aku pakai ni?”

Berkepit dengan GF/BF kat khalayak ramai...
Anda ingat okeh/cool ke jika anda sering berkepit dengan GF/BF anda depan khalayak ramai..
“Bangga aku dapat bf yang handsome ni..member aku x de bf yg sehensem ni”
Yg ni dh ada sikap takbur dah..
Sampai bila anda dapat menikmati kehenseman bf anda?
Dia pun akan tua jgak nanti..
Nti korang kwin, korang mesti 98% akan jemu dengan pasangan sebab sering berkepit ngan dia sebelum khwin..

Mementingkan jenama
Barang branded? penting ke diutamakan brand sesuatu barang yang dimiliki? Bagi Chn brand tak penting, apa yang penting benda yang kita miliki itu cantik, kemas dan diredhai Allah. Apa kelas jika barang branded tetapi Allah tak redhainya. Contohnya, baju t-shirt perempuan yang berharga mencecah RM200 tetapi makkkk aiiiii...baju tak cukup kain.
Entry ni bukan nak mengutuk, nak mencaci...entry ni hanya bagi peringatan untuk kita dan sesama muslim. Orang non-muslim tak pe la, itu hidup mereka. Biarlah mereka memakai, bajet cool ke..kita yang muslim ni..hidup tak lama..hidup Cuma ada satu visi dan satu misi, untuk mendapatkan redha Allah, mengikuti apa yang dikehendakiNya, dan meninggalkan laranganNya...
Itu sahaja dari Chn...salam ukhwah fillah.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

The Hobbit : The Desolation of Smaug 2013 - Sinopsis

Review The Hobbit : The Desolation of The Smaug
Plot bermula dengan babak flashback pertemuan di antara Gandalf Si Kelabu dan Thorin Oakenshield di sebuah tempat persinggahan (Bree). Di dalam pertemuan tersebut, Gandalf memujuk Thorin agar mendapatkan semula Arkenstone dari Si Naga Smaug di Lonely Mountain untuk menyatukan semula puak Dwarves. Kerja mendapatkan semula Arkenstone boleh dilakukan dengan bantuan seorang pencuri licik (Bilbo Baggins).



Lanjutan dari kisah The Hobbit – Unexpected Journey, selepas berjaya melarikan diri dari Azog Si Pemusnah puak Orcs, Gandalf, Bilbo dan 13 Dwarves bertemu dengan makhluk menyerupai beruang yang boleh bertukar menjadi manusia. Makhluk itu dikenali sebagai Beorn. Selepas berlindung di rumah kediaman Beorn, Gandalf, Bilbo dan 13 Dwarves meneruskan perjalanan mereka melalui Mirkwood. Di sempadan Mirkwood, Gandalf terpaksa meninggalkan Bilbo dan Thorin bersama Dwarves yang lain setelah menemui tulisan ‘mentera hitam’ di kawasan Mirkwood. Gandalf hanya berpesan agar mereka semua bergerak tidak menyimpang dari laluan utama dan perlu menunggu beliau sebelum memasuki Lonely Mountain.
Di dalam perjalanan melepasi kawasan Mirkwood, Bilbo dan 13 Dwarves tersesat juga dari laluan utama. Mereka kemudiannya di serang oleh labah-labah gergasi. Dengan memakai ‘One Ring’, Bilbo berjaya membantu melepaskan 13 dwarves yang sudah hampir di makan oleh labah-labah gergasi. Dalam masa yang sama, muncul watak Legolas dan Tauriel dari puak Wood Elves menyelamatkan mereka semua dari serangan labah-labah gergasi. Kemudian, kesemua 13 Dwarves telah menjadi tawanan puak Wood Elves dan dipenjarakan atas arahan Raja Wood Elves iaitu Thranduil.
Bilbo pula berjaya menyembunyikan diri dengan memakai One Ring dan terlepas dari menjadi tawanan puak Wood Elf. Kemudian Bilbo membantu Thorin dan rakan-rakannya melepaskan diri dari tempat puak Wood Elf dengan menyembunyikan diri didalam tong wine dan kemudian dihumban keluar ke kawasan air terjun. Di dalam usaha melepaskan diri dari puak Wood Elf, Bilbo, Thorin dan rakan-rakannya diserang oleh puak Orc yang kini diketuai oleh Bolg iaitu anak kepada Azog. Di dalam pertempuran itu, salah seorang daripada dwarf iaitu Kili telah terkena panah beracun dari puak Orc.





Setelah berjaya melepaskan diri dari serangan puak Elf dan Orc, Bilbo dan 13 Dwarf bertemu dengan seorang lelaki bernama Bard. Dengan bantuan Bard, Bilbo dan 13 dwarf berjaya diseludup masuk ke Esgaroth – Lake Town. Menyedari siapa sebenarnya Thorin dan dwarf yang diseludup itu, Bard cuba untuk menghalang Thorin dari pergi meneruskan perjalanan ke Lonely Mountain bagi mengelakkan Lake Town diserang oleh Naga Smaug. Dalam masa yang sama, identiti Bard terdedah dimana Bard adalah keturunan Girion, penguasa terakhir kerajaan Dale yang memiliki anak panah hitam yang boleh mengalahkan Naga Smaug. Namun Thorin telah menabur janji pada ketua dan penduduk Lake Town untuk berkongsi harta kekayaan Lonely Mountain kepada mereka semua. Maka Thorin diberi bantuan untuk meneruskan perjalanan ke Lonely Mountain dengan meninggalkan 4 orang dwarf iaitu Kili yang sedang tenat bersama Fili, Oin dan Bofur.
Sebaik sahaja Thorin meninggalkan Lake Town, puak Orc yang dipimpin oleh Bolg datang menyerang rumah Bard. Dalam masa yang sama, Legolas dan Tauriel juga turut sama hadir mematahkan serangan Orc. Tauriel mengambil kesempatan mengubatkan Kili yang sedang tenat terkena racun, manakala Legolas mengejar Bolg yang cuba meninggalkan Lake Town selepas menyedari Thorin sudah berjaya melepasi Lake Town dan sedang belayar ke Lonely Mountain. Bard pula telah ditangkap dan dikurung oleh Ketua Lake Town. Apabila Thorin dan rakan-rakanya sampai di Lonely Mountain, Bilbo mengingatkan mereka agar menunggu kehadiran Gandalf sebelum membuka pintu Lonely Mountain, namun Thorin bergegas untuk meneruskan rancangan mereka memandangkan Gandalf langsung tidak kelihatan.
Berbalik kepada cerita Gandalf. Selepas meninggalkan Bilbo dan 13 dwarves di Mirkwood, Gandalf telah menjejakkan kaki ke makam Nazgul yang telah pun kosong dan bertemu dengan rakannya Radagast. Kemudian mereka menuju ke Dol Guldur. Gandalf meminta Radagast bertemu Lady Galadriel dari puak Elf bagi menyampaikan apa yang mereka temui di makam Nazgul. Manakala Gandalf meneruskan niat memasuki kawasan Dol Guldur. Disitu, Gandalf telah diserang oleh Azog dan puak Orc. Ketika cuba melepaskan diri, Gandalf bersemuka dengan Necromancer yang mempunyai kuasa jauh lebih hebat. Gandalf hampir kalah didalam pertempuran dan telah menyedari rupa sebenar Necromancer. Ianya adalah Dark Lord Sauron.
Bertempat di Lonely Mountain, Thorin dan rakan-rakannya berusaha mencari lubang kunci bagi membuka pintu Lonely Mountain. Dengan munculnya cahaya bulan terakhir hari Durin, lubang kunci mula kelihatan. Selepas membuka pintu Lonely Mountain, Thorin menyerahkan tugas mencuri batu Arkenstone kepada Bilbo. Semasa sedang mencari arkenstone, Bilbo telah mengejutkan naga Smaug. Di dalam usaha melepaskan diri dari buruan naga Smaug, Thorin dan rakan-rakannya cuba membunuh naga Smaug dengan mencurahkan cairan emas ke atas naga Smaug. Namun usaha mereka gagal, malah mereka telah membuatkan naga Smaug semakin marah dan keluar dari Lonely Mountain untuk memusnahkan kawasan penempatan berdekatan….
Kisah seterusnya akan bersambung didalam movie The Hobbit : There And Back Again yang bakal ditayangkan pada Disember 2014.
Kesinambungan kisah ‘Lord Of The Ring’ dan ‘The Hobbit’.
Sebagai salah seorang peminat movie Lord Of The Ring, sudah pasti saya akan mengikuti juga movie The Hobbit yang sememangnya mempunyai kaitan di antara kedua-dua cerita ini. Terdapat beberapa persoalan yang timbul semasa menonton movie The Hobbit: Unexpected Journey telah pun terjawab didalam movie The Hobbit: The Desolation of Smaug ini. Antaranya…
Kenapa puak Wood Elves tidak membantu puak Dwarf semasa mereka diserang oleh Smaug? 
Raja Wood Elf – Thranduil memberitahu yang beliau pernah memberi amaran kepada Raja Dwarf pada ketika itu agar tidak terlalu tamak mengejar kekayaan, namun tidak diendahkan. Thranduil juga ada menunjukkan wajah cacatnya yang telah dialami kerana bertempur dengan Naga dari Utara.
Kejatuhan Puak Dwarf kerana bongkak dengan kemewahan?
Semasa bertemu dengan Beorn, makhluk manusia yang boleh bertukar menjadi beruang, Beorn ada memberitahu yang dia benci pada puak Dwarf kerana sombong, bongkak diatas kuasa dan kekayaan yang mereka miliki pada ketika dahulu. Namun begitu Beorn lebih membenci puak Orc yang mempergunakan puak Beorn sebagai hamba yang diseksa untuk hiburan mereka.
Diantara ke 13 orang puak Dwarf, yang mana satukah keturunan Gimli yang menjadi salah satu watak penting di dalam kisah Lord Of The Ring? 
Semasa 13 orang Dwarf ini dikurung di tempat Wood Elves, Bombur ada menatap 2 gambar. Seorang Wood Elf bertanya, siapakah gambar yang ditatap itu? Bombur menjawab, seorang adalah gambar isterinya dan seorang lagi adalah gambar anaknya – Gimli.
Legolas – Watak immortal…
~ Jika pada kisah The Hobbit, Bombur iaitu bapa kepada Gimli menunjukkan gambar Gimli masih muda. Tidak hairan Gimli bertemu dengan Legolas pada kisah Lord Of The Ring kerana Legolas adalah puak Elf yang mempunyai sifat immortal. Namun Legolas didalam movie The Hobbit kali ini kelihatan seorang yang agak garang berbanding wataknya didalam movie Lord Of The Ring, seorang yang tenang dan tidak terburu-buru namun seorang yang hebat didalam peperangan…
Tauriel – Watak gadis Elf ciptaan pengarah filem The Hobbit yang menggantikan watak Arwen didalam LOTR.
~ Jika didalam LOTR, terdapat watak Arwen seorang gadis Elf yang hebat didalam perubatan semasa mengubati Frodo, dan memiliki kisah cintanya dengan Aragorn. Maka pengarah filem The Hobbit telah mewujudkan watak Tauriel (khabarnya watak Tauriel tiada didalam novel sebenar The Hobbit)yang mempunyai kelebihan yang hampir sama dengan Arwen bagi menjadi seorang penyeri didalam movie ini. Selain mengubati Kili, Tauriel memiliki kisah cinta 3 segi di antara Kili dan Legolas.
Antara persoalan lain yang masih menjadi tanda tanya…Apakah nasib yang akan menimpa Bilbo? Adakah ia berjaya menjalankan tugasnya sebagai si pencuri?Apa agaknya kesudahan kisah Bard dan naga Smaug?
Ke manakah perginya Tauriel? 

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

The Hobbit: Unexpected Journey 2012 - Sinopsis

Sudah terlewat bg Chn nak buat review filem ni, namun biarlah..Mungkin review ni membantu anda tahu serba sedikit tentang kisah trilogy ni.

Sinopsis The Hobbit 
Film Hobbit 2012: An Unexpected Journey” adalah sebuah kisah fantasi yang pernah ditulis oleh R. R. Tolkien yang kemudiannya merupakan filem Trilogi diikuti oleh The Desolation of Smaug dan There and Back Again yang filemnya akan disiarkan tahun 2013 dan 2014.



Martin Freeman sebagai Bilbo Baggins
Sinopsis The Hobbit


Filem Hobbit 2012: An Unexpected Journey” adalah sebuah kisah fantasi yang pernah ditulis oleh R. R. Tolkien yang merupakan film Trilogi diikuti oleh The Desolation of Smaug dan There and Back Again yang filemnya akan segera disiarkan tahun 2013 dan 2014.

Kisah ini menceritakan enam puluh tahun sebelum The Lord of the Ring dimulai. Teraju utama adalah Bilbo Baggins (Martin Freeman), seorang hobbit yang diberi tugas oleh seorang penyihir Gandalf Si Kelabu (Ian McKellen) sebagai seorang penyelinap untuk menemani tiga belas orang Dwarves yang dipimpin Thorin Oakenshield (Richard Armitage) dalam perjalanan ke Dunia Tengah untuk merebut kembali Pergunungan Sunyi dari Smaug si naga jahat.

Awal cerita bermula, enam puluh tahun yang lalu ketika Bilbo Baggins muda ‘diminta’ oleh Gandalf membuat pesta untuk menjamu Thorin dan para pengikutnya. Bilbo diundang untuk mengikuti petualangan bersama mereka dalam perjalanan merebut kembali tempat dan harta mereka di Pergunungan Sunyi.

Bilbo akhirnya membuat keputusan meninggalkan Shire tempat tinggalnya dan membawanya memasuki ke dalam alam liar yang penuh dengan kengerian. Dalam perjalanan mereka bertemu dengan penyihir Radagast Si Coklat yang memberi tahu akan bahaya yang sedang mengancam iaitu seekor makhluk aneh yang telah dijumpainya di Dol Guldur. Radagast memaklumkan dia menjumpai roh yang bangkit di Dol Guldur iaitu Nacromancer. Selepas Radagast menceritakan kepada Gandalf, mereka di serang oleh makhluk warg yang juga pihak Orc mengintip kumpulan mereka. Radagast menghulurkan bantuannya dengan mengalihkan perhatian puak Orc dengan menunggang kereta arnab Rhosgobel yang amat laju.
Perjalanan berlanjutan hingga melintasi pergunungan curam dan berkabut. Semasa berehat mereka telah ditawan gerombolan goblin. Bilbo Baggins berhasil melarikan diri dan bertemu Gollum yang secara tidak sengaja telah menjatuhkan sebentuk cincin misteri (kesinambungannya adalah The Lord of the Ring.) Part ni paling Chn suka sgt apabila Bilbo dan Gollum main teka-teki. Gollum ni nampak je tua, tapi dia amat cerdik, otaknya ligat berfikir. 

Gollum tersedar cincinnya telah hilang dan mencuba untuk mengejar Bilbo yang telah pergi meninggalkannya dengan menggunakan kekuatan ghaib dari cincin tersebut. Semasa Gandalf menyelamatkan Thorin dan pengikutnya dari goblin, Bilbo akhirnya bertemu kembali dengan mereka.
Setelah mereka berjaya melarikan diri dari dikejar oleh goblin, mereka kemudian diserang oleh pasukan warg. Saat mereka terkepung di hujung jurang, Gandalf meminta tolong kepada sekutunya di Rivendell melalui seekor burung kecil. Sekumpulan helang datang dan menyelamatkan mereka dengan menerbangkan mereka ke tempat aman di sisi bukit. Dari kejauhan, mereka melihat Pergunungan Sunyi. Jauh di dalam Pergunungan Sunyi, “Smaug” si naga jahat, bangun dari tidurnya yang tertutup oleh wang-wang emas.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Kaunseling di Sekolah Jaga Tepi Kain Pelajar?

Hari ni Chn nak mengemukakan isu BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL...pening kan dengan isu ni.

Isu ni berkait dengan GBK (guru bimbingan dan kaunseling) di sekolah. Bagi pendapat anda sendiri, apa peranan yang dimainkan oleh GBK di sekolah anda? Adakah anda merasakan mereka ni perlu di sekolah? atau anda rasa mereka ni tak perlu berada di sekolah, buat menyemak je kat sekolah..Bukan mereka buat kerja pn, duk memeruk kat dalam bilik kaunseling je...

Masih perlukah lagi unsur “JAGA TEPI KAIN ORANG”? adakah anda sendiri semasa di sekolah menengah dahulu meng’CHOP’ GBK sebagai orang yang jaga tepi kain orang???



Jika GBK tidak menjaga tepi kain anda, siapa lagi yang nak jaga tepi kain anda? hehehehe...(Macam la GBK nak duk tepi kain anda sepanjang masa)..

Mungkin pelajar tidak faham mengenai tugas guru bimbingan dan kaunseling (GBK) disebabkan kurang hebahan. ayat yang mudah untuk ini boleh dikatakan, PELAJAR MERUPAKAN KLIEN. ini merupakan senarai bidang GBK di sekolah, Chn cuma mengambil sebahagian orientasi (hubungan) GBK-Pelajar:

1.Merancang, mengawalselia dan mengemaskini  rekod dan inventori pelajar.
2.Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.
3.Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.
4.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.
5.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

Actually, banyak lagi senarai bidang tugas yang lain. untuk makluman anda, nanti boleh la anda GOOGLE, kami GBK bukan duk saje makan gaji buta. Kalau sekolah yg ada pengetua yang tegas, kami GBK, tak duk diam buat program dan segala bagai perancangan utk perkembangan diri pelajar.

Kami GBK bukanlah niat untuk menjaga tepi kain pelajar. GBK cuma ingin melihat semua aspek dapat dikawal, termasuklah 2 aspek paling utama iaitu dari segi disiplin dan akademik. sekiranya GBK tidak masuk campur hal ini, maka tiadalah perlu unit bimbingan dan kaunseling di sekolah. Apa rasionalnya Kementerian Pelajaran letakkan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah kalau kami tak ada tugas???????  betul kan? Jaga tepi kain di sekolah saya boleh umpamakan MENGAMBIL BERAT. Rasa tanggungjawab dan mengambil berat ini juga dapat menyelamatkan pelajar dari terjerumus dalam gejala2 sosial yang berleluasa sekarang ni.


Kesimpulan yang Chn boleh katakan disini, jangan malu dan jangan rasa rendah diri apabila dipanggil oleh GBK. Anda sepatutnya bersyukur kerana anda diberikan perhatian dan diambil tindakan sewajarnya oleh GBK. Kami bukan setakat mengajar, kami juga MENDIDIK anda ke arah yang lebih baik.

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

Sejarah Mungkin Berulang !!

Best tak tajuk ni? Sejarah Mungkin Berulang ….macam tajuk lagu New Boyz la plak..
Tajuk ni memberi satu instinct kpd Chn di mana ia mungkin blh dijadikan DOMAIN yang utama dalam blog Chn ni..

Entry ni mgkin akan berbelit2 dan susah difahami kalau tak baca betul2..

First sekali, patutkah kita persalahkan orang lain di atas kesalahan yang kita sendiri lakukan? Perlukah kita membuat orang lain bertanggungjawab ke atas dosa yang kita lakukan? Jawapannya, tidak patut dan tidak perlu. Kita sendiri yang perlu bertanggungjawab di atas setiap kesalahan dan dosa yang telah dilakukan itu.

Contohnya, kes2 spt baby dumping dan budaya zina yang makin berleluasa kini, dan kita seringkali menuding jari kepada pihak tu..pihak ni… dan ada yang menyalahkan pihak kerajaan. Tak terlepas jugak pihak ibu bapa dan guru2…Pihak media massa spt televisyen dan internet pn disalahkan……

Emm…siapa patut disalahkan terjadinya semua benda2 mcm ni?

The answer is YOURSELF. Individu yang terlibat itu sendiri yang harus dipersalahkan dan harus bertanggungjawab ke atas kesalahan itu.

“Dan janganlah kamu menghampiri ZINA, Sesungguhnya ZINA itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)” – Al-Israa’ 17:32
Dalam Al-Quran sendiri telah berfirman supaya manusia menjauhi zina. Tetapi kenapa kita masih lagi berdegil dan sengaja mengheret diri kita ke dalam lembah kehinaan itu? Tepuk dada, Tanya iman…

Keputusan berada di tangan kita. It’s all in your hands. Kita sendiri yang menentukan jalan yang harus kita lalui. Jangan menuding jari ke arah orang lain. Walaupun seribu orang kita persalahkan, namun kita sendiri yang harus bertanggungjawab terhadap diri sendiri. Remember, that one day, kita menuding jari ke arah orang lain, lagi empat jari sedang menuding ke arah diri kita sendiri.

Buatlah keputusan yang bijak dan menggunakan iman, bukannya nafsu.

Kita sudah tahu apa yang akan berlaku jika terus-terusan perkara ini berlaku..Tak kan kita inginkan sejarah berulang kembali. Takkan anda nk anak anda ulang kesilapan yang spt yang anda pernah lakukan?

Manusia ni kan....diorang tak belajar ke daripada sejarah2 lalu sehingga mengulang kesilapan yang sama seperti yang terakam dalam lipatan sejarah.

Manusia selalu je tak pernah belajar drp sejarah sehingga mengulang kesilapan yang sama spt yg terakam dalam lipatan sejarah. Jika ssiapa yang melupakan sejarah mungkin kembali mengulangi sejarah itu dan bakal berhadapan hukuman akibat kesilapan itu.

Bagi Chn sendiri, jika seseorang melupakan sejarah lalu, individu itu akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah mengatakan mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali.

Sejarah sebenarnya berulang tak kira di pelusuk dunia, di mana kita berada cuma yang berubahnya adalah individu pemegang wataknya sahaja. Bagaimana satu-satunya tamadun itu bermula , mencapai tahap kegemilangan dan zaman kejatuhan sesuatu tamadun itu tidak banyak bezanya. Kaji lah bagaimana Melaka berkambang sebagai sebuah empayar yg famous....Sejarahnya tidak banyak beza dengan empayar Majapahit. Kaji lah juga empayar2 yang besa in the whole world....Tidak banyak bezanya. Bezanya cuma pada individu2 nya sahaja. Namun plotnya hampir sama.

Percayalah, bahawa setiap hari masa berlalu kita sebenarnya telah dan sedang mencipta sejarah untuk kita sendiri, sama ada kita sedar mahupun tanpa kita sedari. Setiap rekod sejarah amalan kita di dunia yang fana ini akan dipaparkan oleh Allah SWT di akhirat kelak, hatta ia melibatkan sebesar zarah sekalipun.



Persoalannya adalah kita ingin mengetahui qada’ yang mana untuk kita pilih agar kita memiliki qadar yang terbaik buat kita. Inilah yang menjadi kebingungan kita selama ini. Lalu sejak sekian lama banyak pendapat membahaskan dengan sejauh mana kebebasan memilih yang Allah berikan kepada kita.


Seandainya kita mendalami hal qada’ dan qadar ini, kita pening sendiri. Keliru sendiri. Kita akan terus mengemukakan persoalan yang tidak pernah memuaskan hati kita.



Diketika kita mengatakan bahawa kita diberi pilihan oleh Allah SWT kepada kita sendiri untuk memilih takdir, nanti akhirnya semua pilihan kita ditentukan oleh Allah jua.


Seandainya kita mengatakan kita tidak memiliki pilihan di dalam memilih dengan hanya mengikut semua kehendak Allah SWT semata-mata, lalu kita persoalkan tentang balasan Allah yang dikenakan atas tangan-tangan kita sendiri.


Persoalan ini tidak akan berakhir. Kita akan menjadi semakin keliru.


The truth is, yang utama bukan untuk mengetahui takdir yang mana baik atau tidak baik. Ini kerana baik atau tidak baik itu adalah pada penilaian kita sebagai manusia sahaja.


Juga tidak menjadi sesuatu yang penting untuk kita mengetahui sesuatu pilihan itu kita yang memilih sendiri atau ditetapkan Allah kerana walaubagaimana perbahasan kita pun semuanya adalah ketetapan Allah jua adanya.


Bagi Allah SWT, apa jua yang berlaku pada kita adalah yang terbaik untuk kita. Allah menjelaskan sejelas-jelas dalam Al-Quran bahawa selagi kita berpegang pada Allah, beriman kepadaNya dengan benar pasti ditunjukkan kita jalan yang baik.


Dengan keyakinan ini, kita ini teruskan sahaja kehidupan kita ini dengan memastikan bahawa kita tetap berpegang pada tali Allah SWT. Apa pun yang menjadi takdir kita, samada pada penilaian kita ianya tidak baik, namun sebenarnya itulah terbaik di sisi Allah untuk kita.


Kita tidak tahu apakah sebenarnya rancangan Allah untuk kebaikan diri kita. Walaupun bagi kita sesuatu yang menimpa kita itu merupakan satu musibah atau bala atau apa jua pun (mengikut penilaian kita), namun selagi kita bergantung pada Allah SWT 100%,yakinlah bahawa semua itu adalah proses dalam hidup kita yang perlu kita lalui dan di sana ada kebaikan untuk kita.


Dengan memahami hal ini, kita tidak perlu bertanya-tanya yang mana satu pilihan yang terbaik sebelum melakukan kerana ia akan terus membingungkan kita.



Yang utama kita tanya dan memohon izin daripada Allah sebelum memilih dan melakukan sesuatu. Namun jawapan Allah bukan berbentuk seperti jawapan manusia.


Jawapan Allah itu berbentuk tuntunan sehinggakan kita tidak berasa bahawa gerakan kita, usaha kita dan pilihan kita itu sebenarnya adalah ketentuan Allah.


Kita berasa semua yang kita lakukan adalah pilihan dan usaha kita sedangkan hakikatnya Allah jualah yang menggerakkan semuanya.


Lalu dengan daya kemanusiaan yang kita miliki atas kurniaan Allah SWT, lakukan sahaja apa yang kita inginkan dan fikirkan kerana semuanya itu adalah tuntunan Allah pada kita.


Namun dalam melakukan sesuatu itu, kita bukan boleh melakukan sesuka hati kita. Kita ada aturan-aturan yang disediakan Allah SWT. Fikiran dan akal kita mampu mengetahui dan memahami aturan Allah SWT yang disampaikan melalui Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Akal waras kita tahu membezakan mana yang baik dan yang buruk.


Yang utama kita tetap terus bergantung pada Allah SWT 100% dalam hidup ini. Apa pun perkara yang terjadi pada kita, yakinilah bahawa selagi kita tetap terus bergantung pada Allah SWT, kita tetap akan diredhai Allah SWT.



Sesuatu yang baik atau tidak baik hanyalah persepsi dan penilaian kita.

Allah merahsiakan perancanganNya kepada kita agar kita tetap terus bergantung kepadaNya dengan keyakinan yang tidak ada keraguan sedikit pun dalam setiap apa jua ibadah kita.

Semoga kita tidak lagi keliru dan pening kepala mempersoalkan tentang takdir dan juga kebebasan memilih yang Allah berikan kepada kita.


Sebagai penutup, yang pasti JUST DO IT! Beramal soleh. Amal Ma’aruf Nahi Mungkar. NAMUN TETAP TERUS MENDAHULUKAN ALLAH SWT! The History Never Repeats!!!

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca,Sila Berikan Komen Serta LIKE (:

 
Template Edited By H Nurani's Sketch ♥ All Rights Reserved © 18 Sept 2013